Utusan Borneo (Sarawak)

Rata-rata orang ramai keluar untuk membeli barang keperluan harian

-

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari kelapan kelmarin, menyaksika­n masih ada orang ramai kelihatan di pusat bandar raya Kuching.

Tinjauan Utusan Borneo di sekitar kawasan Medan Niaga Satok (MNS) mendapati ramai orang keluar membeli barang keperluan harian.

Bagaimanap­un mereka yang datang ke pasar popular tersebut terus beredar sebaik selesai membeli barangbara­ng diperlukan.

Malahan, orang ramai dilihat menggunaka­n penutup hidung dan mulut serta sarung tangan sebagai langkah keselamata­n.

Rata-rata kedai yang beroperasi di MNS adalah hanya peniaga yang menjual barangan basah seperti ikan, ayam, daging, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ia selaras dengan pengumuman PKP oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mulai 18 Mac lalu hingga 31 Mac ini. Kelmarin, Muhyiddin mengumumka­n kerajaan membuat keputusan untuk melanjutka­n tempoh PKP dua minggu lagi sehingga 14 April depan.

Seorang peniaga sayursayur­an dan hasil hutan di MNS, Bobby Kimliang berkata, dia hanya berniaga dari jam 7 pagi hingga 3 petang sepanjang tempoh pelaksanaa­n PKP itu.

Menurutnya, jumlah pembeli semakin berkuranga­n berbanding hari pertama PKP dilaksanak­an dan kebanyakan mereka yang datang ke situ adalah bersendiri­an.

“Ini mungkin kerana mereka akur dengan PKP yang hanya membenarka­n ketua keluarga membeli barangan demi mengekang penularan wabak COVID-19,” katanya sambil berharap keadaan kembali pulih.

Sementara itu seorang peniaga ikan terubuk masin, Aduka Morni mengakui orang ramai mula kelihatan seawal jam 7 pagi di MNS.

“Namun, orang ramai yang datang ke sini kelihatan menggunaka­n penutup hidung dan mulut serta mematuhi penjarakan sosial yang disyorkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

“Pada masa sama, pihak pengurusan di sini ada menyediaka­n gel santisasi tangan sebagai langkah pencegahan,” ujarnya yang telah berniaga di MNS sejak 2014.

Sementara itu, wartawan Utusan Borneo turut membuat tinjauan di kawasan

Pusat Komersial Satok dan mendapati semua premis perniagaan ditutup kecuali pasar raya, kedai serbaneka 24 jam dan gerai makanan bawa balik.

 ??  ??
 ??  ?? WASPADA: Bobby menggunaka­n penutup hidung dan mulut semasa berniaga di MNS.
WASPADA: Bobby menggunaka­n penutup hidung dan mulut semasa berniaga di MNS.
 ??  ?? BELANJA: Orang ramai datang untuk membeli barangan keperluan di MNS.
BELANJA: Orang ramai datang untuk membeli barangan keperluan di MNS.
 ??  ?? JUALAN: Aduka menunjukka­n ikan terubuk masin yang dijual di gerainya.
JUALAN: Aduka menunjukka­n ikan terubuk masin yang dijual di gerainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia