Utusan Borneo (Sarawak)

INGKARI PKP: TIGA KAKI SABUNG AYAM DIPENJARA

-

KUCHING: Tiga kaki sabung ayam antara 21 individu yang dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana mengingkar­i Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Adzha Ibrahim, Nizam Jeli dan Neilvin Bonzo Michael Alden Kirap masing-masing mengaku bersalah selepas dua pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Lelaki berusia 35 hingga 47 tahun itu ditangkap pada 28 Mac, sekitar jam 3.20 petang, di Kampung Gersik, Petra Jaya.

Polis turut merampas empat ekor ayam termasuk satu bangkai ayam sebagai bahan kes.

Bagi pertuduhan pertama di bawah Seksyen 3 (1) Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan 1962, mereka didenda RM500 atau sebulan penjara sekiranya gagal membayar kerana melakukan kesalahan sabung ayam.

Pertuduhan seterusnya menyaksika­n mereka disabitkan di bawah Peraturan 3(1) / 7(1) Peraturan-peraturan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawalan Tempat

Jangkitan) 2020 kerana mengingkar­i PKP.

Dalam pada itu, mahkamah turut menjatuhka­n hukuman penjara tiga bulan terhadap sejumlah 18 lagi individu lain kerana mengingkar PKP.

Empat kes Padawan membabitka­n tertuduh bernama Davendran Sinivasan, Helbert Julie, Senen Yut dan Mohd Tahir Maan, manakala selebihnya merupakan kes Kuching.

Mereka terdiri daripada Sanusi Suhaili, Zulfikar Musa, Noriswandy Drahman, Johan Fudri, Andrew Gobal Balton, Syed Mohd Norfirdaus Wan Ismail, Chai San Chin, Chai Yen Fung, Ting Siong Hing,

Suhali Sapri, Fong Soon Teck, Chang Wei Hian dan dua warga Indonesia, Beni dan Dwi Abi Auli.

Antara alasan yang diberikan mereka untuk keluar dari rumah adalah memancing, membeli ubat, membeli makanan dan lain-lain.

Semua tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa di bawah Peraturan 3 (1) dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LangkahLan­gkah di Dalam Kawasan

Tempat Jangkitan) 2020 dan dihukum di bawah Peraturan 7(1) akta sama.

Seksyen berkenaan memperuntu­kkan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalik­an secara berasingan oleh Timbalan Pendakwa Raya Danial Ilham Kamaruddin dan Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.

 ??  ?? KE PENJARA: Kesemua tertuduh yang mengingkar­i PKP menaiki kenderaan untuk dihantar ke Penjara Puncak Borneo.
KE PENJARA: Kesemua tertuduh yang mengingkar­i PKP menaiki kenderaan untuk dihantar ke Penjara Puncak Borneo.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia