Utusan Borneo (Sarawak)

PENSYARAH KORBAN KELAPAN AKIBAT COVID-19 DI SARAWAK

-

KUCHING: Seorang pensyarah lelaki berumur 40 tahun yang bertugas di Kota Samarahan merupakan korban terkini COVID-19 di Sarawak.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian pada sidang media di sini semalam berkata, pensyarah tersebut meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Kematian itu menjadikan korban COVID-19 di negeri ini berjumlah lapan orang setakat ini.

Pada sidang media berasingan di Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitah­u pensyarah warganegar­a Indonesia itu dimasukkan ke HUS pada 20 Mac dan meninggal dunia pada 1.38 pagi semalam.

Sarawak turut mencatat 21 kes baharu positif COVID-19 semalam.

Sejumlah 20 kes dimasukkan ke HUS dan satu di Hospital Sibu.

Ini menjadikan kes positif berjumlah 135.

“Kita sekarang meningkatk­an keupayaan ujian polymerase chain reaction (PCR) dan ini menjelaska­n mengapa kita mengesan lebih banyak kes positif,” tambah Dr Sim.

Menurutnya lagi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kini turut membantu HUS dalam melakukan ujian PCR.

“Hospital Sibu sejak malam tadi (kelmarin) telah mula melakukan ujian PCR. Kita sekarang dalam proses membolehka­n Hospital Bintulu dan Miri membina keupayaan mereka melakukan ujian sama,” jelasnya.

Dr Sim berkata, orang ramai yang mempunyai kontak rapat dengan sesiapa sahaja dari kluster COVID19 atau mereka yang kembali dari negara dijangkiti pada pertengaha­n Februari lalu perlu tampil melakukan pemeriksaa­n.

Katanya, Sarawak mempunyai 46 kes Orang Yang

Disyaki (PUI) dan setakat semalam 93 pesakit masih berada di beberapa hospital di negeri ini.

“Kita mempunyai sembilan unit penjagaan rapi yang mana lapan adalah di HUS dan satu di Hospital Sibu. Setakat ini, 14 pesakit telah sembuh dengan sembilan adalah dari HUS, empat dari Hospital Sibu dan satu dari Hospital Miri,” katanya.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? PENERANGAN: Dr Sim pada sidang media mengenai perkembang­an terkini COVID-19 di Sarawak, semalam.
Turut kelihatan Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Dev Kumar (kiri) serta Pengarah Kesihatan Negeri
Dr Chin Zin Hing (dua kanan).
— Gambar Roystein Emmor PENERANGAN: Dr Sim pada sidang media mengenai perkembang­an terkini COVID-19 di Sarawak, semalam. Turut kelihatan Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Dev Kumar (kiri) serta Pengarah Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia