Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki ingkari PKP kena penjara

-

MIRI: Dua lelaki dalam dua kes berasingan masing-masing dijatuhi hukuman penjara antara dua dan tiga bulan oleh Mahkamah Majistret kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Vicky Donald, 23, dari Ocean Park, Jalan Bakam dan Razlan Roziman, 29, dari Kampung Wireless di sini telah didakwa mengikut Peraturan 3 (1) PeraturanP­eraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan dihukum di bawah Seksyen 7 (1) peraturan yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara enam bulan atau keduaduany­a sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n kes pertama, Vicky didapati telah melanggar PKP dengan berjalan keluar dari rumahnya di Ocean Park, Jalan Bakam ke pasar baharu Taman Tunku yang terletak di kawasan terjejas tanpa alasan munasabah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.50 pagi, 26 Mac lalu.

Manakala dalam kes kedua, Razlan didapati telah melakukan kesalahan serupa dengan berjalan keluar dari rumahnya yang terletak di Kampung Wireless, Jalan Permaisuri di sini ke sebuah bank di Jalan Bendahara di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 9.45 malam, 25 Mac lalu.

Di hadapan mahkamah, Vicky merayu hukuman ringan memandangk­an semasa kejadian dia hendak pergi mengambil ubat, manakala Razlan memberitah­u ingin mengeluark­an wang dari bank terbabit.

Bagi kesalahan itu, Vicky dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan dua minggu penjara berkuat kuasa mulai tarikh dia ditahan pada 26 Mac lalu.

Manakala Razlan dihukum penjara tiga bulan berkuat kuasa mulai tarikh tangkapan pada 25 Mac lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rishan Kumar Ragandaran, sementara kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia