Utusan Borneo (Sarawak)

Lima lagi lelaki ingkari PKP didakwa di Sibu

-

SIBU: Seramai lima lagi lelaki berusia antara 22 dan 41 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tiong Kwong Ming, Yong Ruey Shyang, Nga Pang Ging, Clement Insin dan Anuar Zalnordin masingmasi­ng mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibaca mengikut Peraturan 3(1) dan dihukum mengikut Peraturan 7(1) PeraturanP­eraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.

Tiong yang memandu sebuah kereta didakwa melanggar PKP pada 30 Mac kirakira jam 2.55 pagi di Jalan Sibu Jaya-Durin dan dikenakan hukuman denda RM1,000 atau sebulan penjara.

Sementara Yong dan Nga yang menaiki sebuah kereta didakwa melakukan kesalahan sama pada 30 Mac kirakira jam 1.30 pagi di Jalan Ulu Sungai Merah ketika dalam perjalanan dari Sungai Merah ke Sibu.

Kedua-dua mereka dijatuhkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM1,000 atau sebulan penjara.

Clement dan Anuar pula didakwa melanggar PKP di Jalan Pedada pada 28 Mac kira-kira jam 8.15 malam ketika dalam perjalanan dari Jalan Laichee ke Lorong Pedada 7.

Bagi kesalahan melanggar PKP, kedua-dua mereka dijatuhkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM1,000 atau sebulan penjara.

Dalam pada itu, mereka turut didakwa memiliki tuil besi, playar boleh laras dan pisau tanpa alasan yang munasabah ketika ditahan dan didakwa mengikut Seksyen 35(g)(ii) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1957 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Untuk pertuduhan ini, Clementdan­Anuardiken­akan denda RM1,000 atau sebulan penjara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia