Utusan Borneo (Sarawak)

JPBN kekalkan waktu operasi premis perniagaan 7 pagi hingga 7 malam

-

KUCHING: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)mengekalka­n waktu operasi premis perniagaan dari jam 7 pagi hingga 7 malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, Sarawak tidak akan mengikut tempoh larangan premis perniagaan beroperasi di Semenanjun­g Malaysia yang menetapkan jam 8 pagi hingga 8 malam.

“Keputusan ini memandangk­an jika kita mengubahny­a, ia akan menyebabka­n kekeliruan dalam kalangan orang awam dan gangguan kepada operasi perniagaan terutama dalam sektor logistik dan pengangkut­an.

“Apa sahaja sekatan masa baharu, matlamatny­a masih sama, kami mahu orang ramai duduk di rumah. Ini akan membolehka­n kami memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri di sini, semalam.

Dr Sim turut memberitah­u, selain itu jawatankua­sa juga telah memutuskan untuk meneliti membina lebih banyak pusat kuarantin di Kuching.

Antara yang dicadangka­n, Institut Latihan Kepimpinan dan Pengurusan Aminuddin Baki dan Akademi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi menghadapi sebarang kemungkina­n.

“Selain itu, kita juga sedang melihat cadangan untuk diwujudkan (pusat kuarantin) di Akademi Kastam Diraja,” katanya.

Sementara itu berhubung kesalahan di bawah PKP di Sarawak, polis telah menahan seramai 276 individu yang ingkar perintah di seluruh negeri dari 18 hingga 31 Mac, tambah Dr Sim.

Beliau berkata, 83 daripada mereka dituduh di mahkamah dengan 66 daripadany­a mengaku bersalah.

Katanya, daripada 66 individu yang mengaku bersalah, 54 daripadany­a dihukum penjara antara satu hingga empat bulan sementara 12 lagi didenda antara RM1,000 hingga RM2,000.

Sementara itu jumlah tangkapan harian untuk tempoh 24 jam adalah 46 orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia