Utusan Borneo (Sarawak)

RTM Sri Aman bersiaran sembilan jam sempena ulang tahun ke-74 hari ini

-

SRI AMAN: Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman bersiaran selama sembilan jam bermula jam 6 pagi hingga 3 petang sempena sambutan Hari Ulang Tahun RTM Ke74 hari ini (1 April).

Penerbit Rancangan menjalanka­n tugas Ketua Unit Rancangan RTM Sri Aman Norriati Saufi berkata pertambaha­n tiga jam untuk bahasa Melayu menjadikan­nya enam jam manakala siaran perkhidmat­an Iban seperti biasa iaitu tiga jam.

Menurutnya, sempena sambutan ulang tahun RTM ini, siaran perkhidmat­an Melayu bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah hari manakala perkhidmat­an Iban bersiaran dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang.

“Saya sendiri bersiaran dari jam 6 hingga 9 pagi dengan pengisian menarik sepanjang tiga jam seperti Santai Hiburan dan perkongsia­n maklumat peranan RTM bersama masyarakat serta aktiviti kepada pendengar sekitar Sri Aman.

“Kita juga berinterak­si bersama seorang pendengar setia RTM Sri Aman, juga peminat setia Sarawak FM di Studio RTM Sri Aman,” jelasnya.

Selain itu, slot kedua bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dikendalik­an seorang lagi penerbit rancangan yang menjalanka­n tugas pengelola Perkhidmat­an Melayu, RTM Sri Aman Muliamee Ahmad.

Untuk slot ini, pihak kami mempunyaip­elbagaipen­gisian menarik antaranya bersiaran bersama bekas penyampai radio RTM Sri Aman Mohd Othman Laili bermula jam 9.10 hingga 9.30 pagi.

“Kita juga berinterak­si bersama tetamu undangan seorang pakar motivasi, Dr Shafie Lugom menerusi telefon jam 9.10 hingga 9.30 pagi,” katanya.

Menariknya, sesi lintas langsung antara stesen dari seluruh Sarawak antaranya Stesen Sibu, Miri, Bintulu dan Limbang di mana Sarawak FM (RTM Kuching) sebagai ‘hos’ antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Turut diselitkan info kesihatan ke udara jam 10.30 pagi dengan tetamu undangan dua doktor perubatan dari Unit Kesihatan Mental, Hospital Bahagian Sri Aman yang akan berkongsi maklumat kesihatan mental semasa wabak COVID-19.

Sementarai­tu,bagiperkhi­dmatan Iban bersiaran dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang dikendalik­an dua orang penyampain­ya, iaitu Insin Kibong dan Vincent Roy Muda.

“Untuk perkhidmat­an Iban, kedua-dua penyampai berinterak­si bersama pendengar dan memberi peluang menyampaik­an ucapan selamat ulang tahun RTM ke-74 selain berita keluarga dan hiburan,” katanya.

Semua siaran hari ini disiarkan secara langsung dari laman sesawang Sri Amanfm dari jam 6 pagi hingga 3 petang.

 ??  ?? BERSIARAN: Vincent (tengah), Muliamee (kiri) dan Norriati bakal bersiaran sempena ulang tahun ke-74 RTM hari ini.
BERSIARAN: Vincent (tengah), Muliamee (kiri) dan Norriati bakal bersiaran sempena ulang tahun ke-74 RTM hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia