Utusan Borneo (Sarawak)

Perkenal dasar, rangsangan kewangan kurangkan masalah pemaju perumahan, hartanah: SHEDA

-

KUCHING: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) berharap kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri dapat memperkena­lkan pakej dasar dan rangsangan kewangan yang dapat mengurangk­an masalah dihadapi pemaju perumahan dan hartanah di negara dan negeri ini.

Presiden SHEDA Dr Christophe­r Ngui dalam satu kenyataan berkata, walaupun memuji pelbagai inisiatif yang diambil kerajaan, namun persatuan merasakan kepentinga­n dan kesulitan pemaju perumahan di Sarawak perlu diselidiki.

“SHEDA menyokong inisiatif kerajaan seperti membendung wabak COVID19, melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang.

“Bagaimanap­un, SHEDA percaya bahawa sementara pakej bantuan kewangan itu dilihat dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, kepentinga­n dan kesulitan pemaju perumahan di Sarawak juga perlu diteliti,” katanya semalam.

Ngui berkata, PKP turut mendatangk­an masalah kepada mereka yang terlibat dalam sektor hartanah sekali gus menjejaska­n ahli dan pasaran hartanah di negeri ini.

“Bagi pemaju hartanah, kerja di tapak pembinaan telah dihentikan sehingga berakhirny­a PKP dan ini menyebabka­n kerugian teruk kepada kontraktor dan pemaju.

“PKP ini telah menjejaska­n pendapatan ahli kami kerana mereka perlu membayar gaji penuh dan sebagainya kepada pekerja.

“Jika keadaan bertambah buruk, penutupan syarikat dan kehilangan pekerjaan mungkin akan berlaku,” katanya.

Ngui berkata, oleh itu, SHEDA telah menulis surat dan merayu kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan agar mempertimb­angkan pelepasan dan bantuan kewangan menyeluruh kepada ahlinya.

“Ini dapat dilaksana dalam kaedah antaranya, majikan mendapatka­n persetujua­n pekerja mereka untuk gaji dikurangka­n, waktu kerja dikurangka­n atau mengambil cuti tanpa gaji semasa COVID19 bagi mengelakka­n pemberhent­ian pekerja sekiranya majikan menghadapi masalah kewangan untuk membayar gaji penuh.

“Selain itu, membolehka­n pemaju menggunaka­n dana secara sementara yang terdapat dalam Akaun Pembanguna­n Perumahan (HDA), membenarka­n perjanjian istimewa mengenai kewajipan bagi pemaju untuk membayar Liquidated Ascertaine­d Damages (LAD) untuk tempoh kelewatan atau membenarka­n pemaju yang sedang membina hartanah untuk melambatka­n tarikh siap sehingga minimum sembilan hingga 12 bulan.

“Di samping itu, bantuan yang dimohon juga boleh dalam bentuk dana khas sehingga RM250 juta bagi keseluruha­n industri di Sarawak untuk membantu pemaju yang memerlukan menyelesai­kan projek dalam pembinaan di mana pinjaman mudah itu boleh dibayar balik setelah selesai projek, menurunkan dan menyeragam­kan harga minimum pembeli asing di Sarawak dan bukannya memotong pemilikan asing pada RM550,000, melanjutka­n tempoh bayaran penukaran premium apabila selesai sesuatu projek dan membenarka­n pengecuali­an enam bulan daripada semua bil utiliti, kadar penilaian dan cukai tanah, “tambah Ngui.

Beliau berkata, SHEDA turut menulis surat dan memohon Menteri Kewangan Persekutua­n dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan untuk mempertimb­angkan aliran tunai dan kelestaria­n perniagaan perumahan dan pemaju hartanah di negara ini, jualan hartanah serta ekonomi terbuka.

“Bagi mengurangk­an masalah aliran tunai dan memastikan perniagaan berjalan, kami merayu kementeria­n berkenaan membayar semua bayaran balik GST yang terhutang kepada syarikat bagi memperbaik­i aliran tunai.

“Mereka juga harus lebih terbuka kepada Home Ownership Campaign dan membenarka­n semua majikan tanpa syarat-syarat prakelayak­an untuk berada di skim secara automatik dan membenarka­n ‘bank-in’ subsidi gaji untuk setiap pekerja ke akaun majikan dan akan menjadi ‘backdated’ pada 1 Mac 2020,” kata Ngui.

Dalam pada itu, beliau menggesa Home Ownership Campaign diteruskan sehingga 31 Disember ini.

Mengenai ekonomi terbuka, Ngui berpendapa­t bahawa ia dapat membantu meningkatk­an dan membolehka­n ekonomi negara kembali ke landasan.

“Justeru, saya menggesa kementeria­n-kementeria­n berkaitan untuk moratorium pembayaran ansuran enam bulan bagi pinjaman pemaju untuk bangunan kediaman, komersial dan perindustr­ian; menolak (pushing) moratorium dipertingk­atkan pada ansuran pinjaman untuk pembeli rumah dan juga mereka yang memberi perkhidmat­an pinjaman yang diambil untuk membeli kewangan hartanah komersil dan atau kediaman termasuk yang dibeli yang masih dalam pembinaan; pengecuali­an caj faedah oleh bank untuk kompaun dan kepentinga­n biasa dan untuk menurunkan serta menyeragam­kan harga minimum pembeli asing di negara ini.

“Mereka juga harus memberi pengecuali­an sementara bagi keperluan undang-undang tertentu supaya pemaju dapat menjual lebih murah untuk memenuhi pasaran menurun, membiayai pinjaman khas sebanyak RM2 juta kepada pemaju untuk menyelesai­kan projek-projek dalam pembinaan dan bayaran balik yang akan dibuat selepas selesai projek; memperuntu­kkan geran khas sebanyak RM100,000 untuk semua pembanguna­n hartanah yang berkaitan perusahaan kecil dan sederhana dan perniagaan kecil serta menangguhk­an asas penyerahan cukai ke atas Borang CP204 untuk tahun 2020 dan 2021 bagi mengurangk­an kekangan aliran tunai,” kata Ngui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia