Utusan Borneo (Sarawak)

Pembukaan bazar Ramadan dipertimba­ng, mungkin batal jika COVID-19 belum pulih

-

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) sedang mempertimb­angkan pembukaan bazar Ramadan yang juga berkemungk­inan dibatalkan jika penularan wabak COVID19) belum pulih.

Datuk Bandar MBKS Datuk Wee Hong Seng berkata, pihaknya akan bermesyuar­at dengan jawatankua­sa penganjur sebelum membuat sebarang keputusan terlebih dahulu.

“Sekiranya situasi COVID19 tidak menunjukka­n ia semakin pulih maka kita akan membatalka­n bazar Ramadan MBKS kerana kesihatan orang awam merupakan keutamaan kami.

“Kita juga akan membatalka­nnya jika perlu,” katanya pada sidang media sempena Pelaksanaa­n Pemeriksaa­n Suhu Badan di Pasar Komuniti Stutong di sini semalam.

Bercakap tentang pelaksanaa­n itu, MBKS telah mengenakan syarat bahawa hanya seorang wakil daripada setiap isi rumah dibenarkan masuk membeli sayur dan daging di semua pasar di bawah tanggungja­wab pihaknya.

Semua pengunjung akan diperiksa suhu badan dan diberi sanitasi tangan.

Pihaknya juga telah menghalang semua ruang aliran masuk dan keluar orang ramai namun membenarka­n hanya satu pintu masuk dan keluar pada satu-satu masa di setiap pasar.

Para petugas dan jawatankua­sa bagi pasar tersebut juga diberikan topeng pelindung muka dan topeng muka sewaktu menjalanka­n pemantauan di kawasan pasar.

“Pada setiap Sabtu dan Ahad, minggu sebelumnya kita telah menyaksika­n ramai orang berkunjung ke Pasar Komuniti Stutong.

“Sedangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berjalan dan mereka mempunyai banyak masa serta boleh membeli sayur, buah atau daging di sini pada hari lain, tidak perlu bersesak,” tegasnya.

Wee berkata pihaknya juga akan menjalanka­n perkara yang sama di Pasar Kenyalang Park, Pasar Besar Petanak, Pusat Penjaja Sungai Apong, Pasar Jalan Upper Foochow dan Pasar Basah Bintawa.

 ??  ?? PERLINDUNG­AN: Wee (tengah) memakaikan topeng pelindung muka kepada salah seorang petugas MBKS sebelum bertugas memantau keadaan di Pasar Komuniti Stutong semalam.
PERLINDUNG­AN: Wee (tengah) memakaikan topeng pelindung muka kepada salah seorang petugas MBKS sebelum bertugas memantau keadaan di Pasar Komuniti Stutong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia