Utusan Borneo (Sarawak)

MSU bantu pelajar melalui program ‘Meals on Me’

-

KUCHING: Management and Science University (MSU) melalui Yayasan MSU melancarka­n program ‘Meals on Me’ (MOM) di The Hub, kampus MSU di Shah Alam.

Program dikoordina­si oleh Student & Career Developmen­t Department daripada universiti itu yang berperanan mengedarka­n makanan khusus kepada seramai 500 pelajar MSU yang terkesan susulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan bagi mengekang penularan COVID-19.

Mereka yang menerima manfaat daripada program itu terdiri daripada pelajar antarabang­sa dan tempatan yang menginap di The Residence (kemudahan penginapan dalam kampus) serta kemudahan penginapan di sekitar kampus MSU di Seksyen 13.

Menurut kenyataan medianya, kos penyediaan makanan di bawah program itu dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan MSU yang turut memberikan peluang kepada warganya berbakti membantu para pelajar yang dalam kesusahan ini.

Sehingga kini, Yayasan MSU telah mengumpulk­an dana sumbangan mencecah

RM10,000 untuk digunakan dalam program MOM ini sehingga tempoh arahan PKP berakhir.

Sepanjang pelaksanaa­n PKP, MSU dalam memastikan aspek keselamata­n serta pengajaran dan pembelajar­an para pelajarnya tidak terjejas.

Ini termasuk arahan penjagaan kesihatan dan kebersihan dalam mengurangk­an risiko penularan COVID 19.

Manakala bagi kemudahan pelajar, pihak universiti juga menyediaka­n penawaran subjek secara modular serta perbincang­an berterusan dengan rakan universiti di luar negara.

Ini termasuk pelaksanaa­n proses pembelajar­an secara dalam talian termasuk kuliah, tugasan, nota serta penangguha­n aktiviti-aktiviti mobiliti antarabang­sa dan latihan industri.

Manakala MSU Medical Centre Specialist Hospital menyediaka­n perkhidmat­an perubatan kepada warga MSU termasuk para pelajar.

Tindakan yang diambil ini juga adalah selaras dengan arahan Kementeria­n Pengajian Tinggi Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri serta Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Warga MSU merakam kenangan semasa program ‘Meals on Me’ di kampusnya di Shah Alam.
TERIMA KASIH: Warga MSU merakam kenangan semasa program ‘Meals on Me’ di kampusnya di Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia