Utusan Borneo (Sarawak)

Helikopter bawa bekalan makanan ke kawasan terpencil

Diperlukan di kawasan Long Napir dan Long Rayeh di daerah Limbang yang sukar dilalui: Dr Abdul Rahman

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Khidmat helikopter atau sumber pengangkut­an seperti tentera dan bomba akan diperlukan untuk membawa bekalan makanan ke kawasan pedalaman dan terpencil yang sukar dilalui membabitka­n kawasan Long Napir dan Long Rayeh di daerah ini.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, penggunaan helikopter diperlukan untuk kawasan jauh yang tertumpu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau.

Beliau berkata, sebanyak 8,980 rumah atau pintu rumah panjang di daerah ini dikenal pasti untuk peny

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah

erahan bantuan makanan berdasarka­n maklumat yang diperolehi daripada Pejabat Residen Limbang yang sudah diagihkan semalam secara berperingk­at mengikut kawasan.

“Kita akan meminta bantuan daripada tentera atau bomba untuk penghantar­an sumbangan barang makanan supaya bekalan dapat sampai ke kawasan tersebut (Long

Napir dan Long Rayeh),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika menyerahka­n sumbangan makanan kepada golongan sasar di Kampung Pahlawan di sini, semalam.

Turut hadir Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat dan Timbalanny­a Kaunselor Dahlan Dullah, Pemanca

Abu Tinggal dan Penghulu Latip Tujoh.

ADUN Bukit Kota itu ber- kata lagi, Kerajaan Sarawak memperuntu­kkan RM16.4 juta untuk membekalka­n makanan asas kepada golongan sasaran di seluruh negeri ini.

Jelasnya, golongan berkenaan akan ditentukan oleh Jawatankua­sa Bencana Bahagian/Daerah dengan kerjasama agensi kerajaan, pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang relevan.

“Daripada jumlah tersebut, RM200,000 diagihkan untuk setiap kawasan DUN bagi penyerahan sumbangan makanan kepada gologan sasar.

“Kita akan menyelaras dan bekerjasam­a menghantar keperluan ke rumah, taman perumahan dan rumah panjang di daerah ini dengan kerjasama ketua kampung yang dilaksanak­an sebaik mungkin agar golongan sasar mendapat bantuan,”katanya lagi.

Kita akan meminta bantuan daripada tentera atau bomba untuk penghantar­an sumbangan barang makanan supaya bekalan dapat sampai ke kawasan tersebut (Long Napir dan Long Rayeh).

Datuk Dr Abdul Rahman Ismail

 ??  ?? SANTUNI RAKYAT: Dr Abdul Rahman (tiga kanan) dan Abu serta (dari kiri) Latip, Sufian, Dahlan dan yang lainnya ketika menyerahka­n sumbangan barang keperluan kepada penduduk di Kampung Pahlawan, Limbang, semalam.
SANTUNI RAKYAT: Dr Abdul Rahman (tiga kanan) dan Abu serta (dari kiri) Latip, Sufian, Dahlan dan yang lainnya ketika menyerahka­n sumbangan barang keperluan kepada penduduk di Kampung Pahlawan, Limbang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia