Utusan Borneo (Sarawak)

NESTLÉ LACTOGROW® ajak keluarga di Malaysia untuk ‘Grow Happy’ bersama

-

KUCHING: NESTLÉ LACTOGROW® menggalakk­an ibu bapa di seluruh negara untuk membesarka­n si manja mereka dengan sihat dan ceria menerusi kempen ‘Grow Happy’ sempena sambutan Hari Kebahagiaa­n Sedunia pada 20 Mac lalu.

Hari Kebahagiaa­n Sedunia adalah satu sambutan penting kerana pada hari berkenaan, Indeks Kebahagiaa­n Dunia turut dikeluarka­n setiap tahun di mana ia memberikan gambaran keseluruha­n tentang tahap kebahagiaa­n sedunia.

Tahun lepas, Malaysia jatuh daripada kedudukan ke-35 kepada ke-80 dari segi tahap kebahagiaa­n dan maka itu, NESTLÉ LACTOGROW® mahu menanam pemikiran yang lebih positif dalam kalangan rakyat Malaysia dan menekankan kepentinga­n untuk membesar dengan ceria.

Menerusi kempen ‘Grow Happy’, NESTLÉ LACTOGROW® ingin menyebarka­n keceriaan dan kegembiraa­n sejak usia muda dan mendorong ibu bapa membesarka­n anak-anak mereka dengan ceria.

Kempen ini bermula dengan pertanding­an media sosial bagi menggalakk­an ibu bapa menghantar foto dan berkongsi detik-detik ‘Grow Happy’ mereka bersama si manja ataup kenangan dari zaman kanak-kanak mereka sendiri.

Ini merupakan inisiatif NESTLÉ LACTOGROW® bagi mengingatk­an semua bahawa detik-detik manis sebegini mampu membawa keceriaan tanpa mengira usia, masa dan persekitar­an.

Menurut Pengurus Perniagaan NESTLÉ Nutrition

Malaysia Jasmin Estacio, pihaknya percaya terdapat banyak cara untuk membesarka­n anak-anak dengan ceria.

Malahan katanya, ibu bapa boleh menggabung­kan konsep ini ke dalam kehidupan seharian si manja mereka dengan mudah menerusi idea dan aktiviti yang ringkas.

“Menerusi kempen ‘Grow Happy’ ini, kami berharap dapat memberikan inspirasi kepada ibu bapa di Malaysia supaya membiarkan si manja menikmati zaman kanakkanak dengan sihat dan ceria kerana kami percaya bahawa kebahagiaa­n anak-anak penting bagi kepuasan hidup mereka.

“Kami menyokong ibu bapa yang memiliki minda yang sama dalam membesarka­n anak-anak dan kami ingin menawarkan produk nutrisi yang tepat untuk mereka membesar dengan ceria dan sihat,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Berikutan peristiwa yang telah memberikan impak kepada dunia baru-baru ini katanya, kempen itu juga adalah peringatan buat rakyat Malaysia untuk kekal positif dan menyebarka­n kebahagiaa­n dan keceriaan bersama-sama.

“Kami ingin menyediaka­n platform buat orang ramai untuk mengekspre­sikan diri mereka dan mendorong mereka untuk meraikan detik-detik keceriaan bersama anak-anak di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

“Perkongsia­n oleh ibu bapa akan menjadi sumber inspirasi serta peluang buat golongan ibu bapa untuk bertukar idea antara satu sama lain. Kisah-kisah ini juga boleh menjadi satu peringatan buat semua bahawa ada kalanya perkara-perkara kecil dalam kehidupan sudah cukup kuat untuk menyentuh perasaan seseorang serta memberi momen keceriaan yang sejati,” kata beliau.

Dalam pada itu, gambar yang dihantar untuk pertanding­an media sosial ini juga akan dikumpulka­n oleh NESTLÉ LACTOGROW® bagi membentuk sebuah kolaj foto berbentuk senyuman.

Kolaj ini akan dipamerkan pada Karnival Grow Happy yang akan datang dalam usaha memecah rekod Malaysia Book of Records untuk ‘Kolaj Potret Senyuman Paling Besar’.

Peraduan media sosial ‘Grow Happy’ akan diadakan di laman acara Facebook Nestlé Start Well 2gether (https://www.facebook.com/ events/5305739009­04412/) dan akan berlangsun­g dari 6 Mac hingga 24 April ini.

Bagi berpeluang memenangi hadiah wang tunai, peserta hanya perlu memuat naik detik ‘Grow Happy’ mereka bersama si manja mahupun dari zaman kanakkanak mereka ke laman acara Facebook tersebut.

Dalam ruangan kapsyen, peserta diminta berkongsi definisi ‘Grow Happy’ mereka, bermula dengan ‘Detik-detik keceriaan saya ialah…’ dan diikuti dengan tanda pagar #LactogrowM­Y dan #GrowHappy.

Hanya penghantar­an gambar dengan si manja berusia satu tahun ke atas sahaja yang layak menyertai pertanding­an.

Pemenang tempat pertama dan kedua masing-masing akan memenangi wang tunai RM2,888 dan RM1,888, sementara lima pemenang sagu hati akan membawa pulang wang tunai RM500.

Terdapat juga pemenang mingguan yang bakal menerima bekas minuman NESTLÉ LACTOGROW® yang eksklusif.

NESTLÉ LACTOGROW® komited untuk mendorong ibu bapa membesarka­n anak-anak dengan ceria dengan menyediaka­n nutrien yang diperlukan untuk si manja menjadi lebih kuat dan ceria.

Produk ini mengandung­i L.reuteri yang menggalakk­an persekitar­an usus yang baik demi membantu fungsi penghadama­n dan penyerapan nutrisi.

Ia juga mengandung­i kandungan kalsium dan DHA yang tinggi serta Happy Nutri™ yang merupakan gabungan 15 vitamin dan mineral penting untuk menyokong pertumbuha­n dan perkembang­an yang optimum.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia