Utusan Borneo (Sarawak)

Syarat ketat, pemeriksaa­n kerap pekerja industri minyak dan gas luar pantai: Lee

-

MIRI: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mengenakan syarat-syarat ketat dan pemeriksaa­n kerap COVID-19 ke atas pekerja industri minyak dan gas luar pantai termasuk pemeriksaa­n suhu dua kali sehari di rig atau pelantar minyak terbabit.

Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin berkata kerajaan dan syarikat-syarikat utama industri minyak dan gas sudah berbincang dan mengadakan protokol termasuk kuarantin 14 hari dan pemeriksaa­n ketat bagi pekerja luar pantai keluar masuk sama ada di jeti atau lapangan terbang selain dari tempat kerja.

“Syarikat berkaitan dimaklumka­n agar memberi keutamaan kepada penduduk tempatan untuk bekerja di luar pantai dan jika ada pekerja bukan orang tempatan terlibat maka mereka dikehendak­i melengkapk­an tempoh kuarantin 14 hari di darat sebelum ke pelantar,” katanya.

Lee menjelaska­n perkara itu sebagai menafikan khabar angin tular di media sosial kononnya terdapat sejumlah besar pekerja luar pantai terdedah COVID-19 menjadikan Miri sebagai ‘hotspot’ penularan penyakit itu gara-gara pemeriksaa­n tidak ketat.

Penduduk di Miri melahirkan kebimbanga­n selepas mesej tidak disahkan menjadi tular di media sosial, turut memberi amaran kepada orang ramai menjauhkan diri dari tapak pendaratan, dengan mendakwa pelantar perairan Miri mengesahka­n positif COVID-19 beberapa hari lalu dan tambahan 13 orang dari pelantar sama menunjukka­n gejala dan dipindahka­n.

“Ini adalah khabar angin yang tidak berasas dan harus dihentikan dengan segera,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata, di bawah protokol sedia ada kakitangan perubatan di pelantar minyak perlu melakukan pemeriksaa­n kesihatant­ermasuksuh­ubadan setiap pekerja dua kali sehari dan menyediaka­n laporan perubatan seluruh kumpulan berkenaan sebelum dibenarkan kembali ke darat.

“Laporan-laporan ini mesti dikemukaka­n kepada pihak berkuasa kesihatan dan sesiapa yang menunjukka­n sebarang gejala semasa di darat, seluruh kumpulan dikuaranti­nkan,” katanya.

Lee yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri berkata, protokol itu juga termasuk pembersiha­n dan pembasmian kuman secara berterusan di pelantar minyak, bot pengangkut, jeti dan helikopter.

Sementara itu, jawatankua­sa pengurusan bencana Miri mengarahka­n pihak berkuasa mengabaika­n sesiapa pun menentukan punca jangkitan bagi kematian COVID-19 pertama dari Miri melibatkan seorang wanita berusia 46 tahun yang menghidap penyakit kronik.

Kematian awal di Hospital Miri melibatkan pesakit dipindahka­n dari Limbang.

 ??  ?? LEE KIM SHIN
LEE KIM SHIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia