Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Sibu digesa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan

-

SIBU: Penduduk Sibu digesa agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya bandar ini tidak diklasifik­asi sebagai kawasan penularan Zon Merah COVID-19.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Clarence Ting berkata terdapat segelintir penduduk masih tidak mematuhi larangan PKP memandangk­an banyak kenderaan kelihatan berada di jalan raya sekitar bandar ini.

“Saya harap orang ramai terus mematuhi PKP dan hanya keluar dari rumah apabila ada keperluan.

“Saya dapati orang ramai masih berada di sekitar pusat bandar dan mungkin disebabkan ramai keluar mengambil gaji mereka semalam,” katanya ketika ditemui semasa prosedur nyah kuman di Pasar Sentral Sibu petang semalam.

Ting berkata, Sibu telah diklasifik­asikan berada di Zon Kuning sejak dua minggu lalu.

Katanya, ini menunjukka­n kerajaan melakukan perkara yang betul dengan menguatkua­sakan PKP dan diharap penduduk di sini dapat mengekalka­n kedudukan itu agar tidak berada dalam Zon Merah.

“Justeru, saya meminta kerjasama orang ramai supaya sentiasa berada di rumah untuk dua minggu lagi hingga 14 April ini,” katanya.

Mengenai operasi nyah kuman dilakukan di Pasar Sentral di sini, Ting menjelaska­n ia merupakan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama MPS.

“MPS membuat semburan dalam bangunan menggunaka­n tiga unit mesin penyembura­n manakala bomba membantu melakukan penyembura­n di bahagian luar bangunan Pasar Sentral.

“Kami melakukan ini kerana kami mahu orang ramai berasa selamat dan yakin apabila menggunaka­n kemudahan ini,” katanya.

Beliau berkata, MPS juga terus mengadakan operasi nyah kuman di sembilan kawasan pasar sekitar bandar ini.

 ??  ?? NYAH KUMAN: Petugas MPS dan bomba melakukan nyah kuman di Pasar Sentral Sibu semalam.
NYAH KUMAN: Petugas MPS dan bomba melakukan nyah kuman di Pasar Sentral Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia