Utusan Borneo (Sarawak)

Wong guna gaji setahun untuk bantu 2,600 isi rumah

-

SIBU: Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh telah menggunaka­n gaji 12 bulan beliau sebagai wakil rakyat bagi membantu 2,600 isi rumah di kawasan DUN Bawang Assan.

Bantuan berupa bahan makanan seperti beras, minyak masak, mi segera dan gula itu bagi meringanka­n beban penduduk di DUN Bawang Assan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi PSB Unit Bumiputera Bawang Assan Andrew Shilling berkata, bantuan itu diberikan kepada semua pintu rumah panjang dan kampung di DUN Bawang Assan.

“Bantuan ini diberikan kepada semua pintu rumah panjang dan kampung di DUN Bawang Assan tanpa mengira fahaman politik.

“Diharap dengan bantuan ini dapat meringanka­n beban keluarga yang kurang mampu, lebih-lebih lagi yang tidak dapat pergi bekerja serta tidak bergaji semasa tempoh PKP ini,” ujarnya kepada pemberita ketika mengagihka­n bantuan, semalam.

Hadir sama ialah Penghulu Richard Ampi, Kapitan Chin Su Ming serta Setiausaha PSB Bawang Assan Wong Hii Ping.

Menurut Andrew, bantuan diagihkan bermula dari kawasan Pasai, Pasir Mas, Sungai Bidut, Sungai Langgup dan Bukit Besai.

Ini diikuti dengan kawasan Sungai Banyok, Sungai Pinang, Bungan, Rassau, Tutus dan Sebedil (1 April), Bawang Assan, Sungai Tebelian, Tanjung Bekakap, Sungai Apong dan Sungai Melanggan (2 April) serta Tanjung Penasu, Batu Burak dan Rantau Panjang (3 April).

“Bantuan yang dihulurkan ini menunjukka­n keprihatin­an Wong terhadap semua penduduk rumah panjang dan kampung di DUN Bawang Assan yang terkesan akibat PKP,” jelas Andrew.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia