Utusan Borneo (Sarawak)

Sebanyak 4,952 pintu penduduk DUN Bekenu menerima bantuan

-

MIRI: Sebanyak 4,952 pintu penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu masing-masing menerima bantuan makanan daripada dua wakil rakyat di kawasan tersebut.

Daripada jumlah itu, 1,740 penerima (pintu) adalah dari 33 kampung di kawasan Sibuti, 696 penerima dari 10 kampung di Niah, 641 penerima dari 16 rumah panjang di Sibuti dan 1,310 penerima dari 43 rumah panjang di Niah.

Turut menerima bantuan adalah 565 pintu masyarakat Cina di Bekenu dan Niah iaitu 24 pintu di Kampung Angus, Pelapi (25 pintu), Lumut (25), Batu Niah (450) dan Sepupok (40).

Manakala bantuan diberikan berupa barangan keperluan asas termasuk beras, gula, minyak masak dan sebagainya.

MenteriMud­aAwalKanak­Kanak dan Pembanguna­n Keluarga Rosey Yunus berkata bantuan itu sebagai inisiatif awal membantu golongan memerlukan di kawasan DUN Bekenu.

“Ini adalah bantuan awal kepada penduduk di

DUN Bekenu yang amat memerlukan sementara menunggu bantuan lain diumumkan kerajaan negeri dan pusat.

“Justeru, saya bersama Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni bekerjasam­a menyediaka­n bantuan kepada penduduk di sini,” katanya ditemui pada penyerahan bantuan di Bekenu dan Batu Niah kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu itu mengingatk­an penduduk di Bekenu dan Niah layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) namun tercicir daripada senarai penerima supaya mendaftar semula nama mereka secara atas talian atau pergi ke Pusat Khidmat DUN Bekenu dan Parlimen Sibuti.

Katanya perkara itu dimaklumka­n kepada beliau oleh pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sementara itu, Lukanisman berharappr­osesbantua­ndapat dilakukan dengan segera bagi tujuan meringanka­n beban rakyat terutama golongan B40 semasa berhadapan pendemik COVID-19 ini.

“Saya amat faham masalah rakyat ketika berhadapan detik sukar seperti sekarang, justeru saya berharap semua proses bantuan diumumkan kedua-dua pihak kerajaan dapat disegeraka­n.

“Pada masa sama, saya juga berterima kasih kepada Rosey kerana telah memikirkan formula terbaik pengagihan bantuan makanan ini secara kiraan pintu kepada penduduk di DUN Bekenu,” katanya.

Beliau menambah, sekiranya ada tercicir daripada senarai penerima bantuan, kedua-dua mereka memikirkan langkah-langkah seterusnya menghulurk­an bantuan kepada terlibat (tercicir).

Lukanisman berkata, beliau bekerjasam­a dengan ADUN Lambir Ripin Lamat dalam usaha menyalurka­n bantuan serupa memastikan tiada rakyat di kawasan Parlimen Sibuti tercicir daripada menerima bantuan tersebut.

Dalam pada itu, bantuan makanan tersebut diserahkan kepada ketua kampung untuk diagihkan kepada penerima di kawasan masing-masing bagi mengelak kesesakan dan ramai orang berkumpul.

 ??  ?? PRIHATIN: Lukanisman (dua kiri) menyampaik­an bantuan kepada Tuai Rumah Julia Gamang dan Rosey (tiga kanan) kepada Kapitan Pui Kuan Phen pada majlis penyerahan bantuan di Batu Niah, Miri kelmarin.
PRIHATIN: Lukanisman (dua kiri) menyampaik­an bantuan kepada Tuai Rumah Julia Gamang dan Rosey (tiga kanan) kepada Kapitan Pui Kuan Phen pada majlis penyerahan bantuan di Batu Niah, Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia