Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi sanitasi awam dipergiat dan diperluask­an

Operasi nyah cemar mendapat kerjasama daripada PBT bagi mengekang penularan wabak COVID-19

- Oleh Jessica Jawing

Kita juga melakukan operasi nyah cemar di kawasan yang disahkan positif seperti atas nasihat Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) tetapi ini adalah tertutup.

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak akan terus mempergiat dan memperluas­kan operasi sanitasi awam di negeri ini termasuk kawasan tumpuan awam.

Pengarahny­a Khirudin Drahman berkata operasi nyah cemar berkenaan mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengekang penularan wabak COVID19.

“Kita juga melakukan operasi nyah cemar di kawasan yang disahkan positif seperti atas nasihat Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) tetapi ini adalah tertutup.

“Bagi sanitasi awam di kawasan tumpuan ramai, kita akan lakukan operasi mengikut senarai PBT dan mendapat kerjasama daripada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita semasa melaksanak­an Sanitasi Awam

Bomba di kawasan merah di sini, semalam.

Menurut Khirudin, bagi melaksanak­an operasi sanitasi awam, semua tujuh zon dan 32 balai bomba seluruh

Pengarah JBPM Sarawak

negeri telah dikerahkan untuk melaksanak­an di kawasan masing-masing.

Beliau berkata turut dimaklumka­n selain di Kuching, Bomba Zon Miri, Sibu, Bintulu dan Lawas/Limbang turut menjalanka­n sanitasi awam.

“Saya dimaklumka­n juga bagi Zon Sibu, ia akan dimulakan esok (hari ini) begitu juga Sri Aman walaupun ia masih belum mencatat kes (COVID-19) tetapi ada permintaan agar tempat awam perlu nyah cemar sebagai langkah pencegahan awal mengekang penularan wabak,” katanya.

Mengenai keanggotan, Khirudin berkata semua balai telah diminta bersedia dalam menjalanka­n operasi sanitasi awam.

Beliau memberi contoh di Kuching, terdapat empat balai yang boleh membantu menjalanka­n aktiviti berkenaan.

“Setiap lokasi kita mungkin menggunaka­n anggota daripada dua balai yang bertugas pada masa berkenaan dan dalam satu pasukan ada tujuh anggota yang akan kita gabungkan,” katanya.

Mengenai program sanitasi awam yang dijalankan di sini semalam, Khirudin berkata pihaknya melaksanak­an operasi di dua lokasi, iaitu satu di Satok yang mendapat kerjasama daripada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Sementara satu lagi di Hui Sing Garden yang mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), ujarnya.

Beliau berkata bagi sanitasi awam, seperti yang dilakukan itu ia adalah senarai tempat yang dikeluarka­n oleh PBT, yang menumpukan tempat aksesibili­ti kepada awam.

Khirudin Drahman

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? MOHON KEBERKATAN: Khirudin bersama para anggotanya memulakan tugas nyah cemar dengan berdoa.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi MOHON KEBERKATAN: Khirudin bersama para anggotanya memulakan tugas nyah cemar dengan berdoa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia