Utusan Borneo (Sarawak)

Kad pengenalan merah menyukarka­n Anthony mendapatka­n bantuan kerajaan

-

KUCHING: Anthony Meluda, 37, berasa kesal, sedih dan kecewa apabila mengetahui beliau sebenarnya tidak layak untuk mendapat sebarang bantuan yang diumumkan kerajaan kerana memegang kad pengenalan merah.

Beliau ketika ditemui Utusan Borneo memberitah­u bahawa dia dilahirkan oleh ibu dan bapa yang merupakan warganegar­a Malaysia dari Sarawak dan diangkat oleh abang kepada ibunya sendiri semasa kecil yang juga rakyat negeri ini.

“Sejak permohonan SPA saya ditolak pada tahun 2001 di situlah bermulanya kepayahan hidup saya yang dilayan sebagai warga asing di negeri sendiri.

“Malah pernah bekas rakan sekerja yang memalukan saya kerana terlihat kad pengenalan saya berwarna merah dan berkata saya dilahirkan oleh ibu warganegar­a Filipina.

“Ibu saya, Ita Bandar, 55, berbangsa Iban dan berasal dari Sungai Poi, Kanowit, bapa saya pula, Ajong Majeng, 58, berasal dari Kampung Pichin tetapi paling perit apabila dilayan seperti orang asing di negeri sendiri,” katanya kepada pemberita kelmarin.

“Sekarang, dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dipanjangk­an untuk tempoh dua minggu lagi, menambah penderitaa­n kehidupan saya kerana tidak mempunyai wang kerana hanya mendapat upah gaji hari,” katanya.

Banyak bil yang perlu dilangsaik­annya seperti sewa bilik, pelbagai bil dan belanja dapur.

Dia cuma mahu agar dapat bertahan dan sepanjang PKP ini dan ada pihak yang mahu membantu menghulurk­an bantuan.

“Mujur ada kawan yang baik hati dan prihatin yang mahu berkongsi makan kerana tahu kesusahan hidup saya dan ada juga yang menghantar sedikit makanan sehingga selesai PKP yang menyukarka­n saya mencari pekerjaan buat masa ini,” katanya.

Banyak kali Anthony ditahan sewaktu sekatan polis dijalankan dahulu semasa cuba mencari rezeki dengan bekerja di bistro berdekatan kerana disyaki bukan rakyat Sarawak.

Bagaimanap­un, dia mengharapk­an ada pihak yang tampil membantuny­a sama ada dari segi kewangan atau memperbetu­lkan kecelaruan identitiny­a yang memang merupakan rakyat Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia