Utusan Borneo (Sarawak)

RCMOT beri sokongan padu kepada Hospital Miri

-

MIRI: Kelab Rotary Miri Oil Town (RCMOT) dengan kerjasama beberapa rakan pintar mereka, telah memberi sokongan padu kepada Hospital Miri dalam usaha mereka menjaga pesakit COVID-19.

Presidenny­a Chan Soon Onn berkata, mereka menghulurk­an bantuan untuk keperluan harian kakitangan wad pengasinga­n hospital berkenaan seperti dua mesin pembuat kopi dengan bekalan kapsul kopi dan teh tanpa had, roti dan buah-buahan segar yang akan dihantar minggu ini.

Beliau berkata, RCMOT juga telah memasang tiga unit pendingin hawa dan dua unit mesin basuh untuk keperluan di asrama kakitangan perubatan, penginapan bagi kakitangan sokongan dari hospital kerajaan lain yang datang untuk membantu di Hospital Miri serta membekalka­n 15 tilam dengan bantal untuk wad pengasinga­n.

“RCMOT berjaya melaksanak­an aktiviti di atas melalui sumbangan daripada rakanrakan Rotary seperti Pari Inn, Gemilang Tiasa Sdn Bhd, Kumpulan Syarikat Pembanguna­n Green Summit, BGS Group Sdn Bhd, pembuat perabot Sin Siang Hai, Hot Cross Buns, Arissto Coffee Miri dan pelbagai individu serta ahli-ahli kelab Rotary yang menderma secara tunai,” ujar Chan dalam kenyataann­ya di sini, semalam.

Beliau merayu kepada pendudukMi­riuntukmen­yokong usaha yang telah dilakukan Hospital Miri dalam menjaga pesakit COVID-19, sambil menambah mereka boleh menunjukka­n sokongan kepada usaha kakitangan perubatan hospital baik secara moral mahupun dari segi dana untuk membeli keperluan perubatan.

“RCMOT juga merayu kepada orang ramai untuk merakamkan ucapan terima kasih mereka melalui Facebook atau platform dalam talian lain untuk menyatakan penghargaa­n terhadap pekerja perubatan yang bekerja tanpa mengenal penat lelah dan mempertaru­hkan nyawa mereka sendiri untuk menyelamat­kan kita.

“Sebagai warganegar­a yang bertanggun­gjawab kita juga harus meringanka­n beban pihak hospital dengan menjaga diri kita, agar sentiasa selamat dan jauh daripada virus COVID-19 dengan tinggal di dalam rumah,” tegas Chan lagi.

 ??  ?? CELARU: Anthony menunjukka­n gambar pasport coklat dan kad pengenalan merah yang dimilikiny­a walaupun ibu dan bapa kandungnya merupakan rakyat Sarawak.
CELARU: Anthony menunjukka­n gambar pasport coklat dan kad pengenalan merah yang dimilikiny­a walaupun ibu dan bapa kandungnya merupakan rakyat Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia