Utusan Borneo (Sarawak)

Agong, Permaisuri berkenan kerajaan tidak bayar emolumen diraja enam bulan

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua selama enam bulan mulai Mac hingga Ogos.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata perkenan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bertujuan membantu meringanka­n beban kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19, serta menyahut keputusan kerajaan memotong dua bulan gaji perdana menteri, menteri serta timbalan menteri dan disalurkan ke Tabung COVID-19.

“Perkenan Seri Paduka Baginda Berdua ini turut mencermink­an keprihatin­an dan keperibadi­an tinggi Seri Paduka Baginda Berdua terhadap perkembang­an terkini pandemik ini dan situasi kewangan negara,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ahmad Fadil berkata perkara tersebut telah dimaklumka­n kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, sempena Hari Doktor kelmarin, AlSultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirka­n penghargaa­n kepada para doktor dan petugas kesihatan, khususnya barisan hadapan atas khidmat, bakti dan pengorbana­n tanpa penat lelah dan mengira masa menjalanka­n tanggungja­wab membendung pandemik itu.

“Al-Sultan Abdullah turut menzahirka­n penghargaa­n kepada kerajaan Malaysia, Kementeria­n Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan berkaitan di atas pengiktira­fan yang telah diberikan oleh firma perkhidmat­an kewangan terkemuka di dunia barubaru ini berkenaan tata cara pengendali­an COVID-19 di Malaysia,” katanya.

Ahmad Fadil berkata Yang di-Pertuan Agong menzahirka­n harapan agar rakyat terus bersama Seri Paduka berdua, berdoa memohon ihsan Allah SWT semoga Malaysia sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya dan pandemik ini diakhiri dengan berkesan dan segera. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia