Utusan Borneo (Sarawak)

Rizab Malaysia berjumlah AS$103.396 bilion setakat akhir Februari 2020

-

KUALA LUMPUR: Rizab Malaysia kekal tidak digunakan sehingga penghujung Februari 2020, dengan aset rizab rasmi berjumlah AS$103.396 bilion, mengikut format Special Data Disseminat­ion Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF).

Dalam satu kenyataan semalam, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata aset mata wang asing lain berjumlah AS$33.8 juta.

“Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing, termasuk antaranya pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan pembayaran balik perolehan daripada Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara apabila matang berjumlah AS$5,298.6 juta,” kata bank pusat itu.

Kedudukan hadapan pendek adalah sebanyak AS$13,108.3 juta pada akhir Februari 2020, mencermink­an pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang, kata BNM dalam nota penerangan mengenai ‘Pemakluman Terperinci Rizab Antarabang­sa pada Akhir Februari 2020’ yang dikeluarka­n, semalam.

Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, BNM berkata data itu tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluara­n pinjaman projek berjumlah AS$2,560.4 juta untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Bank pusat berkata satusatuny­a saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$227.2 juta.

“Tidak ada sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabang­sa, serta bank dan institusi kewangan lain.

“BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” kata bank pusat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia