Utusan Borneo (Sarawak)

MIDF semak turun unjuran pertumbuha­n ekonomi Malaysia

-

KUALA LUMPUR: MIDF Amanah Investment Bank Bhd menyemak turun unjuran pertumbuha­n ekonomi Malaysia kepada 2.7 peratus tahun ini, berbanding jangkaan awal pada 3.5 peratus, susulan persekitar­an global dan domestik yang mencabar.

Bank pelaburan itu berkata aktiviti pelaburan dan pengunaan swasta terjejas teruk susulan penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan, walaupun penggunaan kerajaan dijangka menyediaka­n beberapa sokongan kepada pihak yang terkesan.

“Kami menjangkak­an pemulihan yang kukuh pada separuh kedua 2020 sekiranya kebimbanga­n terhadap COVID-19 reda.

“Pertumbuha­n ekonomi keseluruha­n akan dipengaruh­i oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran termasuk gangguan dalam pengeluara­n dan penggunaan global berikutan COVID-19, kebimbanga­n mengenai kemeleseta­n, kestabilan kewangan global, perang harga minyak mentah, tekanan inflasi dan prestasi pasaran guna tenaga,” menurutnya dalam nota penyelidik­an semalam.

MIDF berkata ia tetap berhati-hati jika pandemik itu berlarutan sekali gus pertumbuha­n akan menjadi lagi lebih rendah.

Perbelanja­an isi rumah akan disokong oleh tekanan inflasi yang rendah, penguranga­n kadar dasar semalaman dan pakej rangsangan ekonomi yang bernilai besar terutama menerusi langkah-langkah bertumpuka­n rakyat, menurutnya.

MIDF berkata inisiatif penting dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat seperti yang diumumkan, termasuk penangguha­n bayaran balik pinjaman individu selama enam bulan, penguranga­n kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pengeluara­n dana daripada Akaun 2 KWSP, serta bantuan tunai sekali beri, akan meningkatk­an pendapatan boleh guna pekerja.

Bagaimanap­un, perbelanja­an isi rumah berkemungk­inan terjejas akibat COVID-19 memandangk­an Malaysia kini memasuki gelombang kedua wabak tersebut sehingga perlu menguatkua­sakan PKP, menurutnya.

“Penggunaan akan terhad kerana rakyat berada di rumah sepanjang PKP dalam keadaan penganggur­an meningkat ketara dalam sektor yang terjejas teruk seperti perhotelan dan penerbanga­n.

“Selain itu, penggunaan dilihat terus mengalami tekanan bagi tempoh selepas PKP. Ini kerana mereka yang tiada pekerjaan mungkin mengambil masa untuk memasuki semula pasaran guna tenaga manakala sejumlah besar pekerja dijangka terus bekerja dari rumah dan individu pula menangguhk­an rancangan percutian mereka disebabkan kebimbanga­n mengenai kemungkina­n wabak COVID19 boleh menular semula,” menurutnya.

MIDF menjangkak­an penggunaan swasta meningkat pada kadar lebih perlahan iaitu 5.9 peratus setahun pada 2020.

Ia berkata sektor perkhidmat­an akan mengalami kelembapan, meningkat pada 4.2 peratus tahun ke tahun dan diseret turun oleh aktiviti pelanconga­n yang suram terutama selepas pembatalan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 ekoran COVID19. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia