Utusan Borneo (Sarawak)

Fasa kedua PKP: Polis Pahang perketat sempadan negeri

-

KUANTAN: Mulai tengah malam tadi, polis Pahang akan memperketa­tkan sekatan sempadan negeri dalam menguatkua­sakan fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan berkata sekatan itu bukan hanya melibatkan Jalan Persekutua­n namun turut dilakukan di laluan tikus bagi memastikan orang awam mematuhi PKP.

“Selain itu, kita juga mengadakan 42 sekatan selama 24 jam di seluruh laluan utama dan masuk ke Pahang. Kita juga akan menambah bilangan pegawai dan anggota terlibat, bergantung kepada keperluan.

“Bukan hanya laluan utama, kita turut mengadakan pemeriksaa­n dalam skala kecil di kawasan seperti Felda dan kawasan kampung,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Derma Darah di kem Sri Panching di sini, semalam.

Program anjuran bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu turut dihadiri Panglima 4 Briged (Mekanize) Brigadier

Jeneral Zaidan Atan dan Komander Pangkalan Udara Kuantan Brigadier Jeneral Mohd Fadzil Mohd Diah.

Abd Jalil juga memaklumka­n dalam tempoh 24 jam kelmarin, pihaknya memeriksa 12,048 kenderaan dan menahan 24 individu kerana melanggar PKP di seluruh Pahang.

Dalam perkembang­an lain, Abd Jalil berkata tiga anggota polis dari Kuantan dan Pekan disahkan positif COVID-19 dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, manakala 43 lagi dikuaranti­n selepas dirujuk sebagai pesakit dalam siasatan (PUI).

“Mereka yang positif merupakan kontak rapat pesakit positif COVID-19. Keputusan ujian terhadap anggota PUI dijangka dapat diketahui dalam beberapa hari lagi,” katanya.

Mengulas mengenai program itu, Abd Jalil berkata seramai 87 orang pegawai dan anggota daripada pasukan beruniform negara menderma darah bagi menampung keperluan tabung darah HTAA yang semakin berkuranga­n. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Abdul Jalil (tiga kiri) bersama Zaidan (tiga kanan) beramah mesra dengan penderma darah ketika hadir Program Kolaborasi Derma Darah Antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi bekalan darah hospital di Pahang berikutan penularan wabak COVID-19 semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Abdul Jalil (tiga kiri) bersama Zaidan (tiga kanan) beramah mesra dengan penderma darah ketika hadir Program Kolaborasi Derma Darah Antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi bekalan darah hospital di Pahang berikutan penularan wabak COVID-19 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia