Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: 140 kes baharu, enam kematian

Sebanyak 94 kes positif sedang dirawat di ICU, 60 kes memerlukan bantuan pernafasan

-

PUTRAJAYA: Sebanyak 140 kes baharu COVID-19 dilapor setakat 12 tengah hari semalam, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini 2,766 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat enam lagi kematian akibat wabak itu direkodkan semalam, dengan jumlah kumulatif kematian terkini sebanyak 43 kes iaitu 1.55 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

“Kes kematian ke-38 (kes pesakit ke-2269) merupakan perempuan warganegar­a Malaysia berumur 48 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi yang merupakan kontak kepada kes ke-2750.

“Beliau dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 25 Mac lepas dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac, jam 4.04 petang,” katanya pada sidang media harian perkembang­an terkini COVID-19, semalam.

Dr Noor Hisham berkata kes kematian ke-39 (kes pesakit ke-2626) merupakan lelaki warga Malaysia berumur 69 tahun dengan latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Warga emas itu mempunyai sejarah perjalanan ke Arab Saudi dan meninggal dunia pada 27 Mac di rumahnya dan jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

“Bagi kes kematian ke-40 (kes pesakit ke-2627) pula, mangsa merupakan lelaki tempatan berumur 69 tahun yang juga mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi,” katanya.

Pesakit dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac, pada jam 1.03 tengah hari.

Kes kematian ke-38 (kes pesakit ke-2269) merupakan perempuan warganegar­a Malaysia berumur 48 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi yang merupakan kontak kepada kes ke2750.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan

Sementara, bagi kes kematian ke-41 (kes pesakit ke-1275) melibatkan lelaki warga Indonesia berumur 40 tahun serta dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac, dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac pada jam 1.38 pagi. Itu adalah kematian pertama direkodkan melibatkan warga asing di negara ini, katanya.

Beliau berkata bagi kes kematian ke-42 (kes pesakit ke-2628) melibatkan lelaki warga Malaysia berumur 81 tahun dengan latar belakang penyakit jantung dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 27 Mac serta disahkan meninggal dunia pada 31 Mac, pada jam 7.09 pagi.

“Kes kematian ke-43 (kes pesakit ke-2629) merupakan lelaki tempatan berumur 73 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit jantung.

“Beliau dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 29 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac pada jam 4.30 petang,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata 58 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada semalam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruha­n kes yang pulih sepenuhnya dan keluar wad adalah 537 kes (19.4 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes).

Beliau berkata sehingga kini, sebanyak 94 kes positif wabak itu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 60 kes memerlukan bantuan pernafasan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERKEMBANG­AN TERKINI: Dr Noor Hisham menunjukka­n carta kes positif mengikut negeri setakat 31 Mac pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementeria­n Kesihatan, Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama PERKEMBANG­AN TERKINI: Dr Noor Hisham menunjukka­n carta kes positif mengikut negeri setakat 31 Mac pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementeria­n Kesihatan, Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia