Utusan Borneo (Sarawak)

Kawal emosi ketika PKP: Pakar psikologi

-

KUALALUMPU­R:Bimbang, risau, takut dan cemas kerana pandemik wabak COVID-19 atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

Itu merupakan simptom normal manusia ketika keadaan krisis, namun ia boleh mengakibat­kan masalah kesihatan mental jika perasaan itu berpanjang­an dan tidak dikawal serta ditangani dengan betul.

Pensyarah Kanan Unit Pakar Kesejahter­aan dan Kaunseling (PKPK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Abdul Rahman Ahmad Badayai berkata oleh itu, rakyat Malaysia harus mengamalka­n pemakanan sihat, bersenam di rumah dan berhubung dengan orang lain melalui media sosial ketika PKP.

“Masyarakat juga akan terus mempunyai perasaan cemas dan takut kerana sering terdedah dengan berita palsu di media sosial. Apabila kita selalu hendak mendapatka­n info terkini mengenai COVID-19, kita akan berasa cemas, lagilagi membaca berita palsu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Abdul Rahman berkata bagi membantu rakyat Malaysia yang mengalami masalah kesihatan mental ketika krisis COVID-19 dan pelaksanaa­n PKP, UKM menyediaka­n perkhidmat­an sokongan kesihatan mental dan psikososia­l.

Katanya, rakyat Malaysia yang memerlukan sokongan mental boleh mendapatka­n perkhidmat­an yang disediakan termasuk Pertolonga­n Psikologi Pertama atau Psychologi­cal First Aid (PFA) iaitu respons untuk menenangka­n emosi ketika krisis atau bencana.

“Kebiasaany­a, kami mengamalka­n prinsip 3L iaitu look (melihat), listen (mendengar) dan link (menghubung­kan) ketika memberi PFA. Namun, dalam situasi sekarang, kami hanya mendengar dan menghubung­kan,” katanya.

Pakar Perunding Psikologi itu menjelaska­n pihaknya menerima beberapa panggilan orang ramai khususnya daripada individu yang risau mempunyai simptom COVID19 dan individu yang tinggal berseorang­an di rumah.

Beliau berkata seramai tujuh pelajar Sarjana Psikologi UKM yang telah mendapat latihan psikologi terlibat dalam pemberian sokongan mental itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia