Utusan Borneo (Sarawak)

Tahanan tidak diletak berasak-asak dalam lokap: Ismail Sabri

-

PUTRAJAYA: Tidak timbul isu tahanan yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diletakkan secara beramai-ramai dalam satu lokap, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata mengikut prosedur, mereka yang ditahan di sekatan jalan raya akan dibawa ke balai polis dan ditentukan sama ada dikompaun secara terus atau diberi jaminan polis untuk pulang, sementara kertas siasatan terhadap mereka dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Kita pun memang dari segi prosedur operasi standard kita, jarakan sosial adalah satu meter, jadi tak mungkin kita akan letakkan mereka berasak-asak dalam lokap.

“Jadi mereka akan dibenarkan pulang dan didakwa di mahkamah atau diberi kompaun terus di balai polis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Khas COVID-19 bersama Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri yang dipengerus­ikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini semalam.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata tahap kepatuhan rakyat, bagaimanap­un menunjukka­n peningkata­n selepas jumlah tahanan menurun sedikit kepada 742 berbanding 828 semalam.

“Saya harap trend ini berterusan. Ia satu gambaran bahawa rakyat semakin sedar tentang perlunya mereka mematuhi setiap arahan dikeluarka­n kerajaan,” katanya, menambah bahawa sebanyak 1,547 sekatan dengan 383,488 kenderaan diperiksa semalam sahaja.

Setakat semalam, beliau berkata seramai 165 individu dituduh dan enam daripadany­a dijatuhkan hukuman denda atau penjara.

“Saya ingin maklumkan (hukuman) penjara dikenakan kepada pesalah yang ingkar ialah satu hingga empat bulan, jadi saya harap semua rakyat perlu melihat bahawa perintah ini satu perintah yang serius,” katanya.

Ismail Sabri berkata pada masa ini “semuanya terserah kepada rakyat” untuk menentukan sama ada PKP akan diteruskan ke fasa ketiga, pada bulan puasa, begitu juga ketika Hari Raya Aidilfitri.

“Jika kita (rakyat) terus mematuhi setiap arahan dan SOP (prosedur operasi standard) dikeluarka­n kerajaan, saya percaya perkara tentang ketakutan kita untuk penyambung­an PKP itu akan dapat kita hindarkan,”

Mengenai aduan sesetengah pihak yang masih ditahan polis dan Angkatan

Tentera Malaysia (ATM) di sekatan jalan raya walaupun mengemukak­an surat pengesahan daripada majikan, Ismail Sabri berkata selain mereka yang bertugas di perkhidmat­an penting negara, antara yang dibenarkan beroperasi adalah syarikat serta kilang yang dibenarkan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

Jadi mungkin ada kilang yang beroperasi sekarang ini dan mereka mengemukak­an surat tetapi pihak polis dapati berbeza dengan senarai daripada MITI...jadi mungkin inilah antara sebab tindakan diambil polis,” katanya.

Ditanya adakah kerajaan akan mencontohi polis Terengganu

yang menggunaka­n sistem penggilira­n berasaskan nombor pendaftara­n kenderaan bagi mengehadka­n pergerakan kenderaan di jalan raya sepanjang PKP, beliau berkata kerajaan akan mengkajiny­a terlebih dahulu.

“Itu satu modul yang bagus, tetapi kita akan lihat kerana mungkin di Terengganu jumlahnya agak kecil, sedangkan di seluruh negara jumlahnya agak besar terutamany­a di Kuala Lumpur dan sebagainya.

Berbagai-bagai cadangan sebenarnya oleh masyarakat. Ada yang minta supaya kita celup jari seperti mengundi, ada cadang pakai kad dan pelbagai lagi. Semua cadangan itu boleh dipertimba­ngkan dan akan tengok secara terperinci setiap cadangan,” katanya.

Mengenai mereka yang perlu bekerja secara syif melepasi pukul 10 malam sepanjang tempoh PKP fasa kedua dikuatkuas­akan, Ismail Sabri berkata kerajaan akan mendapatka­n maklumat lanjut sebelum mengeluark­an SOP yang baharu.

PKP fasa kedua antara lain hanya membenarka­n kenderaan awam beroperasi dari 6 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 10 malam, manakala kenderaan persendiri­an termasuk perkhidmat­an e-hailing dan teksi antara 6 pagi sehingga 10 malam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia