Messi selar lembaga pengarah Barcelona di Instagram
Pemain Barca terima potongan gaji sebanyak 70 peratus, sumbangan kewangan kepada pekerja kelab dapat gaji penuh
MADRID, Sepanyol: Lionel Messi mengesahkan Isnin lepas di mana pemain kelab Barcelona akan menerima potongan gaji sebanyak 70 peratus dan membuat sumbangan kewangan untuk memastikan pekerja lain kelab dibayar sepenuhnya ketika tempoh darurat di Sepanyol.
Dalam satu ucapan panjang lebar di akaun rasmi Instagram beliau, Messi juga menyelar lembaga pengarah kelab yang diketuai presidennya, Josep Maria Bartomeu, yang beliau tuduh memperlekehkan pemain semasa rundingan keduadua pihak barubaru ini.
Kelab lain di Sepanyol dijangka akan menyusuli tindakan Barca dalam melakukan pemotongan semenbola sepak terhenti ekoran pandemik koronavirus (COVID-19) yang menyebabkan beberapa kelab berdepan masalah kewangan untuk terus bertahan.
Kelab Atletico
Madrid sudah berkata mereka akan melaksanakan pengurangan gaji ke atas kakitangan di mana waktu kerja mereka terkesan sementara kelab Espanyol juga mengesahkan walaupun pengurangan untuk gaji, kakitangan sukan sahaja.
“Bagi pihak kami, masa telah tiba untuk mengumumkan bahawa, selain dari pengurangan 70 peratus gaji kami pada tempoh darurat ini, kami juga membuat sumbangan supaya pekerja kelab ini boleh mendapat gaji penuh mereka ketika situasi ini berlarutan,” tulis Messi. Beliau menambah: “Kami mahu menjelaskan bahawa keazaman kami ialah kami bersedia dengan pengurangan gaji kerana kami memahami sepenuhnya situasi ketika ini dan kami adalah orang sentiasa apabila “Kami yang diminta. membantu sudah pertama melakukannya kelab yang inisiatif kami banyak sendiri kali dengan apabila kami memikirkan ia adalah perlu atau penting. “Kerana itu, ia sememangnya mengejutkan kami di mana ada pihak dalam kelab yang cuba meletakkan kami dalam perhatian dan menambah tekanan untuk melakukan sesuatu yang kami tahu kami sedia lakukan.”
Ucapan Messi itu kemudian dikeluarkan di hampir semua akaun media sosial rakan sepasukannya termasuk Gerard Pique, Sergio Busquets, Luis Suarez, Jordi Alba, Antoine Griezmann, Frenkie de Jong, Arturo Vidal dan Marc-Andre ter Stegen.
Perhubungan di antara pemain Barca dan lembaga pengarah berada dalam keadaan tegang sejak beberapa bulan yang lalu, dengan kritikan terbuka Messi kepada pengarah teknikal kelab, Eric Abidal pada bulan Februari adalah salah satu dari beberapa kontroversi di luar padang.
Bartomeu, pada lewat hari yang sama berkata pemain senior bersedia untuk menerima potongan gaji dari awal.
“Dari awal, saya mahu ia seperti sesuatu yang dipersetujui dan tidak melaksanakannya walaupun saya mampu mengikut peraturan tetapi kami mahu mencapai satu persetujuan kerana ia adalah yang terbaik untuk Barca dan menunjukkan komitmen mereka,” kata Bartomeu.
“Dari awal lagi, Messi berkata ia harus dilakukan,” tambah beliau.
Barcelona juga mengeluarkan kenyataan mereka sendiri, yang berkata anggota “semua pasukan sukan profesional dan kebanyakan pasukan bola keranjang” sudah bersetuju untuk pengurangan gaji.
Ia menambah: “Dalam kes skuad senior bola sepak, pengurangan melibatkan lebih dari 70 peratus seperti yang dipersetujui dengan kelab. Ia adalah sumbangan tambahan oleh pasukan selain sumbangan dari kelab yang akan menjamin kakitangan bukan sukan menerima gaji penuh mereka.” — AFP
“Bagi pihak kami, masa telah tiba untuk mengumumkan bahawa, selain dari pengurangan 70 peratus gaji kami pada tempoh darurat ini, kami juga membuat sumbangan supaya pekerja kelab ini boleh mendapat gaji penuh
” mereka ketika situasi ini berlarutan.