Utusan Borneo (Sarawak)

Miri FA bermesyuar­at bagi penjaduala­n semula perlawanan kempen Piala Belia

-

MIRI: Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri (Miri FA) akan mengadakan mesyuarat bagi penjaduala­n semula perlawanan kempen Piala Belia 2020 selepas negara melaksanak­an tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak COVID-19.

Presidenny­a, Mohd Saif Jubaidi berkata sejak PKP dilaksanak­an pada 18 Mac lalu semua perlawanan bola sepak termasuk liga tempatan telah dibatalkan serta merta.

“Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahka­n agar semua perlawanan bola sepak dibatalkan dan kita juga mematuhi arahan itu serta membatalka­n liga tempatan Miri,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Saif berkata, selain menjadi tuan rumah Piala Belia 2020, Miri juga dipilih sebagai lokasi sementara Liga Futsal Kebangsaan 2020 yang sepatutnya berlangsun­g di Miri pada 28 Mac lalu.

“Liga Futsal Kebangsaan 2020 juga terpaksa dibatalkan dalam tempoh PKP dan semua jadual perlawanan akan disusun atur semula sebaik sahaja PKP tamat nanti,” jelasnya.

Menurutnya, pemainpema­in Sarawak United IV telah pulang ke rumah masing-masing sementara beberapa pemain lain masih berada di Miri kerana tidak dibenarkan bergerak dalam tempoh pelaksanaa­n PKP.

“Bagaimanap­un, ibu bapa pemain-pemain terbabit tidak perlu risau kerana keselamata­n dan kebajikan mereka terjaga dan semua pemain diarahkan agar mematuhi PKP sepanjang tempoh bercuti,” katanya.

Saif menambah beberapa pemain Piala Belia 2020 yang masih berada di Miri juga melakukan kerja-kerja kebajikan membantu keluarga yang terjejas akibat COVID-19.

“Mereka bersama pengurusan Piala Belia membantu wakil rakyat mengagihka­n bekalan makanan dan keperluan khas kepada keluargake­luarga berpendapa­tan rendah dan miskin,” jelasnya.

Katanya, ia adalah antara usaha membantu masyarakat yang ditimpa kesusahan dalam pelaksanaa­n PKP sekali gus memberi motivasi kepada pemain-pemain mengenai kerja-kerja amal.

 ?? — Gambar Bernama ?? PRIHATIN: Reezal Merican bercakap pada sidang media pada hari pertama memulakan tugas di Kementeria­n Belia dan Sukan di Menara KBS, Putrajaya pada 11 Mac lepas.
— Gambar Bernama PRIHATIN: Reezal Merican bercakap pada sidang media pada hari pertama memulakan tugas di Kementeria­n Belia dan Sukan di Menara KBS, Putrajaya pada 11 Mac lepas.
 ??  ?? BANTU: Beberapa pemain Sarawak United IV turut membantu mengagihka­n barangan keperluan harian kepada keluarga terjejas wabak COVID-19 hasil sumbangan wakil rakyat di Miri.
BANTU: Beberapa pemain Sarawak United IV turut membantu mengagihka­n barangan keperluan harian kepada keluarga terjejas wabak COVID-19 hasil sumbangan wakil rakyat di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia