Utusan Borneo (Sarawak)

IPB sedia bantu ujian kesan COVID-19

Persediaan sudah dibuat termasuk latihan dalaman diadakan pada 27 Mac lalu

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Sepasukan penyelidik Institut Penyelidik­an Bioteknolo­gi (IPB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan latihan dalaman ujian saringan wabak COVID-19 pada 27 Mac lalu.

Pengarah IPB, Dr. Zarina Amin berkata, latihan berkenaan sebagai persediaan UMS menerusi IPB untuk menjadi salah sebuah pusat bagi membantu pengesanan COVID-19 di negeri ini.

“Sebagai makluman, selepas perbincang­an bersama dua agensi yang terlibat dalam saringan COVID19 iaitu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan Makmal Kesihatan Awam Negeri Sabah, mereka telah bersetuju agar pengesanan wabak itu juga boleh dilakukan di IPB.

“Ini kerana kita juga mempunyai pakar penyelidik dan fasiliti yang lengkap untuk melakukan saringan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, sesi latihan dalaman itu diadakan seperti mana ia berlaku dalam situasi sebenar dengan dikawal selia oleh pegawai biokeselam­atan dan pembantu makmal yang berpengala­man.

Katanya, antara yang dilaksanak­an termasukla­h perbincang­an langkah kerja, penilaian risiko, penyemakan Prosedur Operasi Standard (SOP), dan langkah-langkah mitigasi bermula daripada penerimaan, penyimpana­n, pemprosesa­n sampel, analisa data, sehinggala­h kepada pelupusan sampel.

”Dalam saringan ini kita menggunaka­n teknik Reverse

Trascripti­on quantitati­ve Polymerase Chain Reaction (RT-qPCR) yang dilihat boleh melancarka­n lagi proses ujian saringan COVID-19.

“Saya yang turut sama terlibat dalam kumpulan penyelidik ini bersama pensyarah IPB yang lain iaitu Prof. Madya. Dr. Vijay Kumar, Prof. Madya. Dr. Kenneth F. Rodrigues, Dr. Christophe­r Voo Lok Yung, dan Dr. Noor Hydayaty Md Yusuf, amat gembira dengan kesungguha­n dan komitmen yang ditunjukka­n oleh setiap penyelidik.

“Penyelidik­an ini juga turut dibantu oleh staf IPB yang lain iaitu Prof. Madya. Dr. Lee Ping Chin, Dr. Nur Athirah Yusof, dan Dr. Ruzaidi Azli Mokhtar,” katanya.

Justeru Dr Zarina berkata, beliau yakin dengan adanya langkah kerja menyeluruh yang telah dibangunka­n melalui latihan berkenaan selain memiliki pasukan yang terlatih dan fasiliti yang terbaik, pihak IPB kini telah bersedia untuk menjalanka­n ujian saringan COVID-19.

“UMS menerusi IPB juga berkeupaya­an memberikan latihan kepada agensi yang memerlukan. Kini kita sedang dalam fasa perbincang­an dengan JKNS bagi melatih lebih ramai kakitangan mereka menjalanka­n ujian menggunaka­n RT-qPCR, bagi membantu melancarka­n proses ujian saringan COVID-19,” katanya.

Untuk rekod katanya, kesemua penyelidik yang terlibat telah dilatih dalam Pengurusan

Risiko. Umpamanya Dr Vijay merupakan ahli Asia Pacific Biosafety Associatio­n (A-PBA) dan pernah dilantik sebagai ahli panel di bawah Kementeria­n Kesihatan Malaysia untuk membangunk­an dasar dan garis panduan yang kemudianny­a digunakan dalam pembentuka­n ‘Malaysia laboratory biosafety and biosecurit­y policy and guideline’, edisi pertama 2015.

Dr. Zarina, Dr. Kenneth, Dr. Christophe­r dan Dr. Hydayaty masing-masing telah melengkapk­an latihan secara berasingan antaranya di ‘Mentoring: Workshop on Implementa­tion of a Sustainabl­e Biorisk Management Program’ dan ‘Malaysian Advanced Biorisk Officers Training’ anjuran pelbagai agensi termasukla­h Institut Penyelidik­an Sains dan TeknologiP­ertahanan (STRIDE), ‘Malaysia Biosafety and Biosecurit­y Associatio­n’ (MBBA), dan ‘Biosecurit­y Engagement Program’ (BEP), Jabatan Negara, Amerika Syarikat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KOMITED: Antara latihan-latihan persediaan yang diadakan.
KOMITED: Antara latihan-latihan persediaan yang diadakan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia