Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga Barmuli gunakan PKP untuk menyumbang kepada petugas barisan hadapan

- Oleh Abd Naddin Haji Shaiddin

MESKIPUN hanya berada di rumah dan tidak ke mana-mana, tetapi bagi Barmuli Pahrudin, seorang pendidik, waktu yang terluang dimanfaatk­an sebaik mungkin bersama keluargany­a yang tercinta.

Barmuli yang mengajar di SK Nunuyan dan isterinya, Saliah Parman yang bertugas sebagai guru di SK Sri Tg Papat 2 Sandakan bersama enam anak mereka menggunaka­n tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengadakan aktiviti untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Selain masak, makan, minum, antara aktiviti yang sering kami lakukan bersama-sama ialah menonton rancangan televisyen. Kami suka menonton berita. Antara berita yang sering mengusik perhatian ialah mengenai wabak COVID19. Semua ini menimbulka­n rasa insaf.

“Apa yang boleh dibantu? Pasukan ‘frontliner­s’ seperti doktor, jururawat, polis, RELA dan sebagainya bertungkus lumus untuk mencegah wabak itu,” katanya yang juga Penolong Pesuruhjay­a Pengakap Negeri Sabah (Sumber Dewasa) merangkap Pesuruhjay­a Bahagian Sandakan.

PKP yang dilaksanak­an untuk mencegah COVID19

yang dimulakan pada 18 Mac lepas selama dua minggu dan sepatutnya berakhir pada 31 Mac dilanjutka­n hingga 14 April 2020 menyebabka­n berjuta-juta penduduk Malaysia terpaksa duduk di rumah dengan melakukan aktiviti yang terhad dan membosanka­n. Tidak ada pilihan lain selain bangun, mandi, masak, makan, menonton tv, bermain telefon bimbit dan sebagainya.

Melalui berita terkini yang disiarkan di kaca tv, ada berita mengenai kekurangan pelindung muka, peralatan Personel Protective Equipment (PPE) dan sebagainya.

Anak saya, Muhd Izzan Ihtisyam, 26, yang bekerja sebagai pereka, terfikir untuk menyumbang­kan pelindung muka dan PPE. Beliau terlibat dalam banyak kumplan komuniti. Di situ timbul idea untuk menyumbang pelindung muka dan PPE kepada mereka yang memerlukan.

“Kami sekeluarga membuat ‘Face Shield’ dan PPE Suit untuk dibahagika­n ke Hospital Duchess Of Kent.

“Sekadar usaha kecil untuk membantu dan menghargai kakitangan KKM yang banyak berkorban.

“Ini sebenarnya satu pengisian PKP keluarga kami di rumah,” katanya. Kelmarin kami juga bagi bantuan kepada PDRM dan KKM.

“Kami juga berterima kasih kepada grup Sandakan Face Shield Charity yang juga membantu dan menderma material dan tenaga untuk mempercepa­tkan kerja-kerja. Antaranya, Steven Tung, Fazli Bakar, Izzati Khamis, Syafawati Sailan, Hasan (Keningau), Sri Wahyuni Alimin dan Erika.

“Setakat ini kami berjaya menyiapkan kira-kira 700 Face Shield dan sebanyak 100 PPE Suit. Sasaran kami ialah membuat 1,000 Face Sheild dan 200 PPE.

“Kami mula membuatnya pada 22 Mac. Itulah antara aktiviti kami di rumah,” katanya. Mereka sekeluarga kini menetap di Astana Height Sandakan.

Beliau memberitah­u, mereka juga mengadakan kolaborati­f dengan beberapa individu seperti Steven Tung, Cikgu Noriati Parudin, Cikgu Maria Abd Razar,

Cikgu Rosliah Rosmin dan suami, Seri Wahyuni Alimin dan Cikgu Azlan Saman untuk menjayakan program itu.

Selain itu, antara grup yang membantu ialah 3D Printing, Sandakan Face Shield Charity. Mereka membantu menyediaka­n dan menderma bahan-bahan untuk membuat PPE dan pelindung muka. Seri Wahyuni juga membantu membuat Face Shield dan suit.

Harapan kami agar sumbangan yang diberikan walaupun kecil boleh dimanfaatk­an dan digunakan ketika menghadapi COVID19 ini.

“Kita berharap agar COVID-19 ini akan segera berakhir. Kita berharap agar mereka yang sakit cepat sembuh dan keadaan akan kembali seperti biasa,” katanya.

Setakat 30 Mac, Sabah merekodkan 201 kes positif COVID-19, negeri keempat mencatat jumlah tertinggi kes positif COVID-19 di negara ini.

Semua orang diperintah­kan agar berada di rumah sepanjang PKP yang dijangka berakhir pada 14 April ini. Bezanya, bagi keluarga Barmuli Pahrudin, mereka memanfaatk­an masa yang terluang itu untuk kerja-kerja amal dan kemanusiaa­n.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia