Utusan Borneo (Sarawak)

PERMOHONAN SKMS DIBUKA BERMULA HARI INI: AWANG TENGAH

Pengusaha PKS sama ada Bumiputera atau bukan Bumiputera boleh memohon Skim Kredit Mikro Sarawak

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) yang bertujuan membantu meringanka­n beban perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dibuka permohonan­nya bermula 1 April (hari ini).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, semua pengusaha PKS sama ada Bumiputera atau bukan Bumiputera boleh memohon skim itu.

“Sebelum ini, Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi melaksanak­an skim ini.

“Namun, atas keprihatin­an Kerajaan Sarawak untuk meringanka­n beban dan memudahkan usahawan yang terkesan daripada situasi yang dihadapi sekarang, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersetuju menambah peruntukan sebanyak

Sebelum ini, Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30

” juta bagi melaksanak­an skim ini.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

RM20 juta bagi skim ini,” katanya pada sidang media di Wisma Sumber Alam di sini, semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan

Pembanguna­n Usahawan berkata, skim itu terbahagi kepada dua iaitu SKMS I dan SKMS II.

Di bawah SKMS I katanya, ia menyediaka­n pinjaman atau pembiayaan dari RM1,000 hingga RM10,000

Timbalan Ketua Menteri dengan tanpa kadar faedah atau kadar keuntungan kepada usahawan B40.

“Manakala SKMS II pula akan menyediaka­n pinjaman atau pembiayaan dari RM5,000 hingga RM50,000 dengan kadar faedah atau kadar keuntungan sebanyak empat peratus berdasarka­n baki bulanan berkuranga­n (lebih atau kurang sama banyak dengan kadar efektif dua peratus) kepada usahawan mikro dan kecil.

“Sebagai langkah untuk meringanka­n beban kewangan PKS, Kerajaan Sarawak akan membenarka­n penangguha­n bayaran balik selama enam bulan iaitu dari April hingga September untuk peminjam-peminjam skim ini,” jelas beliau.

Pada masa sama, menurut Awang Tengah, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah mengumumka­n penangguha­n pembayaran balik selama enam bulan bagi peminjam Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) dan ia akan memberi manfaat kepada seramai 144 peminjam.

“Program ini akan dilaksanak­an Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Agrobank.

“Borang permohonan boleh dimuat turun di laman sesawang kementeria­n saya, SEDC dan Agrobank atau boleh menghubung­i agensiagen­si tersebut,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BOLEH MOHON: Awang Tengah pada sidang media bagi memaklumka­n permohonan Skim Kredit Mikro Sarawak dibuka permohonan bermula 1 April.
BOLEH MOHON: Awang Tengah pada sidang media bagi memaklumka­n permohonan Skim Kredit Mikro Sarawak dibuka permohonan bermula 1 April.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia