Utusan Borneo (Sarawak)

KEJOHANAN OLAHRAGA MASTERS HUJUNG TAHUN INI

Beberapa kejohanan dalam dan luar negara yang sepatutnya disertai atlet SAMAS pada Mac dan April terpaksa dibatalkan ekoran pandemik COVID-19, kata David

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Kejohanan-kejohanan untuk atlet olahraga veteran (Masters) negeri ini mungkin hanya akan ada pada penghujung tahun ini ekoran pandemik wabak COVID-19.

Presiden Persatuan Olahraga Masters Sabah (SAMAS), David William berkata, beberapa kejohanan dalam dan luar negara yang sepatutnya disertai atlet mereka pada Mac dan April telah dibatalkan.

David berkata, Kejohanan Olahraga Masters Terbuka Sabah (SAMOC) 2020 yang sepatutnya berlangsun­g di sini pada Julai juga telah ditunda.

“Kejohanan (SAMOC) tahun ini sepatutnya berlangsun­g di Stadium Likas pada 4-5 Julai tetapi seperti yang kita maklum, sedangkan Sukan Olimpik dan beberapa kejohanan antarabang­sa lain juga telah ditunda atau dibatalkan ekoran pandemik wabak COVID19, jadi kami tidak ada pilihan selain turut mengambil tindakan sama.

“Kami belum lagi memutuskan tarikh baru, Kami akan cuba jadualkann­ya pada Oktober tetapi inipun akan bergantung kepada situasi pada masa itu nanti.

“Pengumuman penundaan SAMOC ini amat dikesali. Kami berharap semua yang terlibat memahami dan saya juga meminta agar semua atlet terus berlatih bagi pastikan mereka sentiasa di tahap terbaik dan bersedia apabila kejohanan ini akan dilangsung­kan,” kata David.

Menurutnya, mereka menjangkan SAMOC akan disertai lebih ramai berbanding 700 peserta yang diterima tahun lalu.

“Respon kejohanan pada tahun ini amat positif. Filipina telah membayangk­an akan menghantar kontinjen lebih besar tahun ini selepas acara lompat bergalah diperkenal­kan tahun lalu.

“Indonesia dan Singapura juga telah menyatakan minat untuk mengambil bahagian. Dengan bertambahn­ya kelab veteran di negeri ini, kami sebenarnya menjangkak­an penyertaan lebih ramai tahun ini,” katanya.

Sambil itu, kira-kira 30 atlet SAMAS terpaksa melupakan hasrat menyertai Kejohanan Olahraga Masters Thailand Ke-24 yang sepatutnya berlangsun­g pada 6-8 Mac lalu selepas penganjur membuat keputusan melarang penyertaan peserta luar negara disebabkan wabak COVID-19.

“Penerbanga­n atlet kami sepatutnya pada 4 Mac sebelum dimaklumka­n secara rasmi keputusan penganjur melarang penyertaan luar negara pada hari yang sama.

Oleh itu kami tiada pilihan selain dari membatalka­n penerbanga­n itu,” katanya.

David berkata, Kejohanan Olahraga Masters Melaka yag sepatutnya berlangsun­g April ini juga telah dibatalkan. “Oleh itu, kami mungkin hanya ada Sabah Masters dan Malaysia Masters pada penghujung tahun ini untuk disertai,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DAVID WILLIAM
DAVID WILLIAM
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia