Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan makanan diagih minggu ini

Akan diagih melalui Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Peringkat Bahagian dan Daerah

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Bantuan makanan sebanyak RM16.4 juta daripada kerajaan negeri Sarawak ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)akan diagihkan seawal minggu ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia akan diagihkan melalui Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Peringkat Bahagian dan Daerah masing-masing.

“Pengagihan bantuan makanan akan ditentukan oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian dan Daerah serta wakil rakyat di kawasan masing-masing,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Mukah di Bangunan Pentadbira­n Baharu di sini, semalam.

Menurutnya, tumpuan bantuan akan diberikan kepada pihak dan isi rumah berpendapa­tan rendah atau tidak mempunyai pendapatan tetap.

Golongan ini katanya, adalah golongan yang paling terjejas ketika PKP.

Bagaimanap­un katanya, modus operandi pemberian bantuan tetap akan mematuhi PKP iaitu sentiasa menjaga jarak sosial.

“Apa yang penting setiap keluarga itu akhirnya dapat bantuan dan ada makanan di atas meja makan masingmasi­ng,”

jelasnya.

Bantuan makanan diberikan adalah makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan barangbara­ng yang difikirkan perlu dan tertakluk kepada urus tadbir jawatankua­sa di peringkat bahagian, daerah atau wakil rakyat di konstituen­si masing-masing.

Sementara itu, pertolonga­n daripada pihak Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga diperlukan untuk memastikan semua bekalan makanan cukup sepanjang tempoh PKP dan persediaan musim perayaan.

“Kita telah kenal pasti sebanyak 800 pusat jualan di seluruh negeri ini untuk memastikan keperluan serta bekalan makanan sentiasa mencukupi,” ujarnya.

Secara keseluruha­n, rakyat diminta terus mengikut segala peraturan ketika PKP di samping memperting­katkan kebersihan rumah.

Pengagihan bantuan makanan akan ditentukan oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian dan Daerah serta wakil rakyat di kawasan

” masing-masing.

Dato Sri Fatimah Abdullah

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ??
 ??  ?? LANCAR: Fatimah (depan, dua kanan) bersama yang lain ketika sidang media semalam.
LANCAR: Fatimah (depan, dua kanan) bersama yang lain ketika sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia