Utusan Borneo (Sarawak)

United yakin tidak tertekan untuk laksana penguranga­n gaji pemain

-

LONDON, England: Manchester United berasa yakin mereka tidak berada dalam tekanan untuk meminta pemain menerima pemotongan gaji walaupun dengan krisis pandemik koronaviru­s (COVID19).

Kelab Serie

A Itali, Juventus, sudah melaksanak­an penguranga­n gaji pemain untuk menangani masalah kewangan ekoran penangguha­n semua aktiviti bola sepak ketika ini – satu langkah yang menjimatka­n kelab sebanyak 90 juta euro.

Liga-liga utama di Eropah dan pertanding­an kelab Eropah juga digantung tanpa sebarang gambaran jelas bila ia dapat disambung semula.

Bagaimanap­un, United percaya kedudukan kewangan mereka bermakna mereka tidak perlu meminta pemain menerima penguranga­n gaji, walaupun ada penerimaan tentang situasi semasa dan akan terus dipantau. United mempunyai 25 rakan penaja utama termasuk Chevrolet, Adidas, AON dan Kohler, selain beberapa rakan penaja serantau yang menghasilk­an lebih dari 200 juta pound pendapatan setiap musim. Kelab-kelab yang bergantung sepenuhnya kepada jumlah kutipan tiket perlawanan dan pendapatan penyiaran dijangka lebih terkesan dalam tempoh tanpa sebarang perlawanan tetapi bagi United, ia hanya melibatkan sehingga separuh dari pendapatan mereka setiap tahun.

United berasa yakin ia akan membantu mereka mengelak dari melaksanak­an penguranga­n gaji selama mana yang mereka mampu ketika terus komited untuk menamatkan musim ini.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu terus menjalani latihan di rumah masing-masing ketika menanti lampu hijau untuk kembali menjalani latihan di pusat latihan Carrington kelab.

United mempunyai baki 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini, selain perlawanan Piala FA menentang Norwich dan perlawanan pusingan kedua Liga Europa menentang LASK Linz.

“Saya berharap semuanya kembali pulih dengan segera dan kita semua dapat kembali beraksi,” kata pemain tengah United, Paul Pogba. “Saya juga berharap kami boleh menunjukka­n bahawa kami sudah bersedia dan mahu kembali memenangi trofi.

“Sentiasa berhubung, kekal selamat dan kami akan kembali ke padang secepat mungkin.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia