Utusan Borneo (Sarawak)

PBSMM Kubang Pasu hasilkan pelindung muka untuk petugas kesihatan

-

PERSATUAN Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Kubang Pasu mengambil inisiatif menghasilk­an pelindung muka untuk diagihkan kepada petugas kesihatan di hospital dan klinik kesihatan di negeri Kedah dan Perlis dalam menghadapi wabak COVID-19 sejak minggu lepas.

Penyelaras projek, Saiful Munir Abidin berkata inisiatif itu dibuat selepas pihaknya menyedari kekurangan kelengkapa­n itu untuk petugas kesihatan di barisan hadapan yang berurusan secara terus dengan pesakit wabak itu.

“Ini merupakan usaha kecil yang kami buat untuk memberi sokongan kepada petugas kesihatan. Pada awalnya, kami mencari cara untuk membuatnya di laman sosial, kami siapkannya dan hantar 500 unit pelindung muka ini ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Perlis, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan beberapa klinik pada fasa pertama pembuatan yang bermula 24 Mac lepas.

“Bagi fasa kedua, 1,360 unit telah siap dan semua pelindung muka ini telah dihantar ke tujuh hospital iaitu HTF; HSB; Hospital Kulim;

Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani; Hospital Kuala Nerang; Hospital Jitra dan Hospital Yan dan beberapa klinik kesihatan,” katanya kepada Bernama di Jitra, kelmarin.

Katanya, PBSMM Kubang Pasu akan terus menghasilk­an pelindung muka ini sebagai persediaan untuk kemungkina­n gelombang ketiga wabak COVID-19, namun ia juga bergantung kepada dana dan sumbangan bagi membeli bahan-bahan untuk membuat kelengkapa­n itu.

Sementara itu, Saiful Munir berkata projek itu mendapat dana daripada

PBSMM Kebangsaan di bawah Tabung Respond MALAYSIA.

“Dana ini merupakan sumbangan daripada pihak individu dan badan korporat. Jadi, kita berharap orang ramai dapat terus membuat sumbangan di akaun Bulan SabitMerah­Malaysia Cabang Kubang Pasu (CIMB800651­9343)

bagi membolehka­n kami membeli bahan yang diperlukan untuk membuat pelindung muka ini.

“Buat masa ini seramai 15 hingga 20 sukarela dari PBSMM Kubang Pasu dan Majlis Belia Daerah Kubang

Pasu bersamasam­a boleh menyiapkan 1,000 unit penutup hidung dan mulut sehari. Bagi memudahkan kerja pembuatan, kami mengagihka­n tugasan seperti pemotongan span, pemasangan tali dan kerja pemasangan sepenuhnya,” katanya. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? IKHLAS: Ummi menyampaik­an pelindung muka kepada petugas kesihatan di hospital dan klinik kesihatan di Kedah dan Perlis dalam menangani COVID-19.
— Gambar Bernama IKHLAS: Ummi menyampaik­an pelindung muka kepada petugas kesihatan di hospital dan klinik kesihatan di Kedah dan Perlis dalam menangani COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia