Utusan Borneo (Sarawak)

AWG TENGAH, FATIMAH JALANI KUARANTIN RUMAH

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah kini menjalani kuarantin di rumah sebagai langkah berjagajag­a terhadap COVID-19.

Menurut pegawai media Awang Tengah, Saiful Bahari berkata Awang Tengah diarah kuarantin bermula semalam dan sihat.

Katanya, Awang Tengah diarahkan berbuat demikian oleh Jabatan Kesihatan Negeri semalam selepas seorang ahli Jawatankua­sa Khas Rantaian Bekalan Makanan

COVID-19 yang hadir pada mesyuarat dipengerus­ikannya dua hari lepas didapati positif COVID-19.

“Datuk Amar kini berada di rumah dan saya telah berhubung dengan beliau menerusi telefon dan memberitah­u beliau berada dalam keadaan okay,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Saiful, Awang Tengah turut memaklumka­n bahawa jawatankua­sa terbabit hanya perlu berhubung dan menyelia tugas mereka melalui telefon.

Ia bagi memastikan penduduk di kawasan luar bandar khasnya mendapat bantuan bekalan berkenaan.

“Beliau memberitah­u meminta saya supaya memberitah­u anda agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan jangan memandang ringan wabak ini.

“Semasa mesyuarat diadakan saya berada di bilik mesyuarat lain dan tiada kontak secara langsung dengan semua yang hadir, namun saya juga menjalani kuarantin diri selama 14 hari,” katanya.

Malahan mereka semua yang terbabit termasuk ketua-ketua jabatan dan petugas media yang berada dalam mesyuarat berkenaan juga diarah supaya turut kuarantin diri di rumah sebagai langkah keselamata­n.

Sementara itu, Fatimah ketika dihubungi Utusan Borneo semalam berkata, beliau kini menjalani kuarantin diri dan bekerja dari rumah.

“Saya kuarantin diri di rumah. Bekerja dari rumah,” katanya.

Fatimah berkata, meskipun diarah menjalani kuarantin di rumah beliau terus memantau tugasan yang digalasnya dalam jawatankua­sa.

“Saya menyemak segala e-mel yang dikirimkan, terus membuat pemantauan penyerahan makanan kepada petugas barisan hadapan kerana ada yang minta ditambah.

“Bagi bantuan makanan di seluruh negeri juga harus dipantau untuk memastikan agar tiada penduduk yang mengalami situasi tiada makanan semasa tempoh PKP,” katanya.

Beliau berkata, bagi penghantar­an makanan di seluruh negeri ke kawasan pedalaman ia akan dipantau menggunaka­n helikopter.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AWANG TENGAH
AWANG TENGAH
 ??  ?? FATIMAH
FATIMAH
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia