Utusan Borneo (Sarawak)

Pistol tiruan dan topeng dalam kereta, tiga lelaki ditahan polis

Polis turut menemui serbuk putih dalam beg dicampak suspek

- Oleh Jeremy Lanson

Berlaku kejar-mengejar di antara suspek dengan polis sehingga mereka berjaya ditahan di Jalan Depo di Petra Jaya beberapa minit kemudian.

KUCHING: Tiga lelaki tempatan ditangkap selepas cuba melarikan diri daripada ditahan untuk pemeriksaa­n di Jalan Central Timur di sini, semalam.

Menurut sumber, ketigatiga suspek berusia lingkungan 25 hingga 33 tahun itu terdahulu dilihat mencurigak­an oleh anggota polis yang membuat pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar jam 1.10 petang.

Bagaimanap­un, ketigatiga suspek ingkar dan terus memecut laju van yang dinaiki mereka untuk melarikan diri dari tempat kejadian.

“Berlaku kejar-mengejar di antara suspek dengan polis sehingga mereka berjaya ditahan di Jalan Depo di Petra Jaya beberapa minit kemudian,” katanya.

Tambahnya, pemeriksaa­n polis berjaya menemui topeng dan pistol tiruan di dalam van tersebut.

“Selain itu, polis turut menemui sejumlah serbuk putih dari dalam beg yang dicampak oleh salah seorang suspek ketika melarikan diri,” katanya.

Kesemua suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani semasa dihubungi mengesahka­n berlakunya kejadian tersebut.

“Siasatan awal juga mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan curi,” katanya.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian juga boleh menyalurka­n kepada polis untuk membantu siasatan.

“Setakat ini kesemua suspek akan disiasat kerana melanggar PKP dan lain-lain kesalahan termasuk dadah,” jelas Awang.

Sumber

 ??  ?? BERKAS: Salah seorang suspek ditangkap untuk siasatan lanjut.
BERKAS: Salah seorang suspek ditangkap untuk siasatan lanjut.
 ??  ?? DIRAMPAS: Pistol tiruan, topeng dan serbuk dipercayai dadah yang ditemui di dalam van yang dinaiki ketiga-tiga suspek.
DIRAMPAS: Pistol tiruan, topeng dan serbuk dipercayai dadah yang ditemui di dalam van yang dinaiki ketiga-tiga suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia