Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja dilapor hilang di hutan ditemui selamat

-

LIMBANG: Remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar hutan ditemui selamat dengan hanya kesan calar pada kedua belah lengan dan kaki akibat terkena ranting kayu, malam kelmarin.

Mangsa Mohd Alizam Ali Safari 14, warganegar­a Brunei dari Kampung Berawan, ditemui rakan ayahnya di kawasan Sungai Poyan pada jam 7 malam.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa dijumpai hasil hebahan maklumat berkaitan mangsa oleh pihak polis kepada orang awam.

“Rakan ayah mangsa melihat dia bersendiri­an berjalan kaki di tepi jalan sekitar kawasan Sungai Poyan dan seterusnya membawanya balik ke rumah,” katanya kepada media semalam.

Jelas Abang Zainal sebelum hilang, mangsa sudah biasa memasuki kawasan hutan sama sejauh dua hingga tiga kilometer sahaja.

Bagaimanap­un katanya, kali ini merupakan insiden kedua mangsa memasuki hutan tebal tersebut sehingga tidak menjumpai jalan keluar.

“Ketika berada di dalam hutan itu, mangsa singgah di pondok yang ditinggalk­an kerana berasa penat lalu terlelap.

“Apabila mangsa sedar dan hendak balik, mangsa tidak lagi menjumpai jalan keluar dan mangsa tahu dia sudah sesat,” katanya lagi.

Jelasnya, setelah penat berjalan kaki dan tidak menjumpai jalan keluar mangsa akhirnya kepenatan dan tidur di atas rumput di dalam hutan sehingga keesokan paginya.

Mangsa juga diarahkan untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan di hospital.

Selain polis operasi mencari mangsa dilancarka­n bersama anggota bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung.

 ??  ?? SYUKUR: Mangsa (empat kiri) dan ibu bapanya ketika berada di Balai Polis sebaik ditemui selamat malam kelmarin.
SYUKUR: Mangsa (empat kiri) dan ibu bapanya ketika berada di Balai Polis sebaik ditemui selamat malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia