Utusan Borneo (Sarawak)

Wong syor Belanjawan Tambahan dibentang di DUN

KM perlu bentang belanjawan lebih teratur untuk tampung pakej rangsangan diumum ekoran COVID-19

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dato Sri Wong Soon Koh mengesyork­an agar Belanjawan Tambahan dibentangk­an pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sepatutnya dijadual berlangsun­g pada 13 April ini.

Menurutnya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg perlu membentang­kan Belanjawan Tambahan yang lebih teratur untuk menampung pakej rangsangan yang diumumkan ekoran wabak COVID-19 baru-baru ini.

“Saya sebagai bekas Menteri Kewangan Kedua juga mengesyork­an kepada Ketua Menteri kita untuk membentang­kan Belanjawan Tambahan pada Persidanga­n DUN April ini mengenai pengurusan kewangan negeri.

“Ketua Menteri perlu membentang­kan belanjawat­an tambahan ini dengan teratur yang merangkumi pengumuman RM1.15 bilion (Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang) dan RM16.4 juta untuk membekalka­n makanan asas semasa COVID-19,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Wong berkata, pengumuman berkenaan melibatkan lebih RM2 bilion maka ia

Presiden PSB perlu dibentangk­an dengan teratur menerusi Belanjawan Tambahan untuk diluluskan oleh DUN.

Bagaimanap­un beliau tidak menafikan Persidanga­n DUN yang dijadual pada 13 April itu berkemungk­inan akan dibatalkan memandangk­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutka­n sehingga 14 April.

Beliau pada masa yang sama turut memuji Pakej Bantuan

Khas Sarawakku Sayang berjumlah RM1.15 bilion itu yang merupakan tindakan pantas kerajaan negeri dalam membantu rakyat Sarawak semasa menghadapi COVID-19.

“Selain itu pada 30 Mac lepas, Timbalan Ketua Menteri (Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan) turut mengumumka­n peruntukan RM16.4 juta untuk membekalka­n makanan asas ekoran PKP terutama kepada rakyat luar bandar.

“Ini satu langkah amat baik dan saya berharap pengagihan ini dapat dipercepat­kan khasnya kepada rakyat luar bandar kita yang amat memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau mencadangk­an antara pendekatan yang paling baik untuk mengagihka­n bantuan makanan asas berkenaan adalah menerusi wakil rakyat di konstituen­si masing-masing kerana ia dilihat lebih cepat.

Jelasnya ia kerana wakil rakyat mempunyai rangkaian organisasi yang lebih banyak termasuk menerusi pemimpin akar umbi, pusat khidmat selain pemimpin parti di kawasan masing-masing.

“Bagaimanap­un dalam perkara ini, saya tidak pasti sama ada wakil rakyat luar daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut menerima peruntukan untuk pengagihan makanan asas ini tetapi saya sendiri sehingga kini belum menerima sebarang peruntukan berkenaan.

“Namun saya telah mengambil inisiatif sendiri dengan menghantar makanan asas kepada rakyat di bawah konstituen­si Bawang Assan sejak semalam (Rabu),” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan.

Wong berkata di kawasan DUN Bawang Assan terdapat 130 rumah panjang yang dianggarka­n mempunyai lebih kurang 1,600 keluarga.

Selain itu beliau turut mengagihka­n bantuan yang sama kepada 1,700 keluarga Cina di luar bandar di kawasan DUN Bawang Assan.

Saya sebagai bekas Menteri Kewangan Kedua juga mengesyork­an kepada Ketua Menteri kita untuk membentang­kan Belanjawan Tambahan pada Persidanga­n DUN April ini mengenai

” pengurusan kewangan negeri.

Dato Sri Wong Soon Koh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia