Utusan Borneo (Sarawak)

UCTS terima penutup mulut, hidung daripada rakan kerjasama dari China

-

KUCHING: Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) menerima penutup mulut dan hidung daripada rakan kerjasama mereka dari China, Universiti Tsinghua sebagai langkah bantuan mengekang wabak COVID-19.

Pengerusi UCTS Dato Sri Wong Soon Koh berkata, UCTS dan Universiti Tsinghua telah menjalin kerjasama dalam aspek penyelidik­an keselamata­n awam pada tahun lepas dan telah merancang beberapa program yang sepatutnya diadakan pada tahun ini.

“Kita sepatutnya mengukuhka­n lagi kerjasama ini menerusi beberapa program yang dirancang pada tahun ini namun disebabkan situasi COVID-19 maka banyak yang telah dibatalkan.

“Namun kerjasama ini dilakukan dengan cara lain iaitu di mana Universiti Tsinghua memberi bantuan penutup mulut dan hidung sebanyak 10,000 keping sebagai bantuan kumpulan pertama,” katanya pada sidang media yang dihadiri Naib Cancelor

UCTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid di sini, semalam.

Tambah Wong, universiti dari republik itu juga dijangka akan menghantar kumpulan kedua bantuan yang sama nanti.

Namun katanya, memandangk­an kesukaran dari segi pengangkut­an membawa bahan berkenaan dari negara itu, ia mungkin mengambil masa.

“Bagi bantuan 10,000 keping ini nanti, ia terpulang kepada Naib Canselor UCTS untuk mengagihka­n ia kepada golongan sasaran.

“Kemudian baharu kita tahu pendekatan terbaik yang boleh kita gunakan untuk mengagihka­n kepada yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu Khairuddin berkata, dari segi pengagihan penutup mulut dan hidung berkenaan, UCTS akan memberi keutamaan kepada pelajar dan staf mereka terlebih dahulu.

“Kami mempunyai pelajar yang tinggal di asrama kampus serta yang tinggal menyewa di luar.

“Sebagai permulaan kami akan mengagihka­n kepada mereka terlebih dahulu kerana kami tahu buat masa ini, penutup mulut dan hidung adalah amat diperlukan,” tegasnya.

Tambah beliau, penutup berkenaan juga akan diagihkan kepada kakitangan universiti kerana masih ada antara mereka yang perlu datang ke kampus untuk bekerja.

Katanya selain kerjasama dengan Universiti Tsinghua, UCTS juga menjalin kerjasama dengan universiti lain di China, yang juga dijangka akan menyumbang penutup mulut dan hidung.

“Jika ia sudah mencukupi kepada pelajar dan kakitangan kami, kami akan mempertimb­angkan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Selain penutup mulut dan hidung, UCTS juga katanya turut memberi bantuan makanan kepada para pelajarnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? SUMBANGAN: Wong (kiri) bersama Khairuddin (tengah) serta kakitangan kanan UCTS beraksi dengan penutup mulut dan hidung sumbangan Universiti Tsinghua.
— Gambar Chimon Upon SUMBANGAN: Wong (kiri) bersama Khairuddin (tengah) serta kakitangan kanan UCTS beraksi dengan penutup mulut dan hidung sumbangan Universiti Tsinghua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia