Utusan Borneo (Sarawak)

Tahap pematuhan PKP di Meradong cecah 99 peratus

-

BINTANGOR: Semua penduduk di daerah Meradong diminta terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutka­n sehingga 14 April ini bagi mengekalka­n daerah tersebut terus berada dalam kategori Zon Hijau bebas daripada wabak COVID-19.

Ketua Polis Daerah Meradong DSP Sekam Anoi berpuas hati dengan tahap pematuhan sebanyak 99 peratus penduduk di kawasan terbabit sepanjang pelaksanaa­n PKP.

“Tahap pematuhan penduduk terhadap usaha dan arahan kerajaan dalam menangani penyakit berbahaya ini adalah tinggi.

“Ini adalah hasil kerjasama daripada semua pihak termasuk agensi penguatkua­saan Majlis Daerah Meradong Julau, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA)dan Pejabat Daerah Meradong yang telah berusaha keras dalam memberi penerangan dan kesedaran berkaitan PKP,” jelasnya ketika dihubungi pemberita semalam.

Katanya, kawalan ketat diadakan di laluan masuk dan keluar utama dari daerah Meradong melalui Sekatan Jalan Raya (SJR).

“Saya meminta orang ramai supaya terus mematuhi PKP yang dilanjutka­n sehingga 14 April ini.

“Kegagalan mematuhi PKP boleh mengundang masalah kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat secara keseluruha­nnya,” ujarnya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak menyebarka­n berita palsu yang belum diketahui kesahihann­ya.

“Rujuk dengan agensi yang berkenaan terlebih dahulu untuk mendapatka­n kesahihan sesebuah berita.

“Jaga keselamata­n serta kesihatan diri dan keluarga,” tegasnya.

Kelmarin, Sarawak telah mencatatka­n jumlah harian tertinggi positif COVID-19 apabila 32 disahkan dijangkiti wabak itu.

Sementara itu, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mengesahka­n Kuching sebagai Zon Merah COVID-19 selepas 118 kes positif direkodkan di bandar raya tersebut.

Sebanyak 13 kawasan lagi dikategori­kan sebagai Zon Jingga apabila merekodkan antara satu hingga 40 kes positif.

Zon Jingga di Sarawak ialah Kota Samarahan yang mencatat 20 kes positif, Miri (11), Betong (9), Sarikei dan Limbang masing-masing (6), Bintulu (5) manakala Serian dan Sibu masingmasi­ng (4).

Lima lagi kawasan iaitu Simunjan, Sri Aman, Mukah, Matu dan Lawas pula masing-masing mencatat satu kes.

Sebanyak 26 kawasan lagi dikategori­kan Zon Hijau apabila disahkan bebas wabak berkenaan iaitu Bau, Lundu, Asajaya, Saratok, Pusa, Kabong, Maradong, Julau, Pakan, Kanowit, Selangau, Tatau, Sebauh, Dalat, Daro, Tanjung Manis, Marudi, Subis, Beluru, Telang Usan, Kapit, Belaga, Song, Bukit Mabong, Lubok Antu dan Tebedu.

 ??  ?? SEKAM ANOI
SEKAM ANOI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia