Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi sanitasi dilaksana di kawasan tumpuan ramai

Operasi membabitka­n MBM, JBPM Zon 6 Miri, Jabatan Kesihatan Bahagian Miri dan Naim Miri

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Beberapa kawasan tumpuan orang ramai menempatka­n pasar jualan popular di sekitar bandar raya ini menjalani operasi sanitasi awam petang semalam.

Operasi dilaksanak­an secara bersepadu membabitka­n Majlis Bandaraya Miri (MBM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri, Jabatan Kesihatan Bahagian Miri dan syarikat Naim Miri bermula sekitar jam 4.30 petang.

Operasi bermula dengan sesi taklimat kepada semua petugas berlangsun­g di Tamu Muhibbah sebelum tiga kumpulan petugas bergerak ke tamu lain bagi memulakan kerja sanitasi awam.

Antara kawasan yang menjalani semburan cecair itu ialah Tamu Muhibbah, Tamu Kedayan, Tamu Khas, Pasar Ikan Miri, Miri Central Market, Unity Food Centre, Pasar Krokop Lorong 10 dan Lorong 5, Tamu Pujut Corner, Pasar Taman Tunku, Tamu Morsjaya dan Tamu Datuk Haji Ahmad Lai.

Datuk Bandar Miri Adam

Yii berkata kerja sanitasi awam di kawasan berkenaan dilakukan bagi membendung kemungkina­n penularan wabak COVID-19 di kawasan tumpuan awam.

“MBM telah menjalanka­n langkah pencegahan awal dengan melakukan sanitasi awam di kawasan tumpuan awam seperti pasar dan tamu sejak 23 Mac lalu dan ia akan berterusan.

“Selain itu, berpanduka­n kepada panduan dan arahan daripada kerajaan negeri, MBM juga turut meletakkan notis bagi memberitah­u komuniti perniagaan untuk memastikan penjarakan sosial di tempat strategik seperti bangunan awam, pasar raya dan tempat makan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual Utusan Borneo semasa meninjau operasi sanitasi awam di Tamu Muhibbah di sini semalam.

Selain itu, Adam berkata MBM turut melakukan pemeriksaa­n berjadual di kawasan perniagaan, pasar dan tamu bagi memastikan pematuhan kepada penjarakan sosial, waktu operasi dan kebersihan diri pengendali makanan.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada JBPM Zon 6 Miri, Jabatan Kesihatan Bahagian Miri dan syarikat Naim Miri atas panduan dan kerjasama yang diberikan bagi membendung penularan wabak COVID19 di Miri.

MBM telah menjalanka­n langkah pencegahan awal dengan melakukan sanitasi awam di kawasan tumpuan awam seperti pasar dan tamu sejak 23 Mac lalu dan ia akan berterusan.

Adam Yii

Datuk Bandar Miri

 ??  ?? PENCEGAHAN: Anggota bomba melakukan sanitasi awam di kawasan tempat penjualan di Tamu Muhibbah petang semalam.
PENCEGAHAN: Anggota bomba melakukan sanitasi awam di kawasan tempat penjualan di Tamu Muhibbah petang semalam.
 ??  ?? SANITASI AWAM: Yii turut membantu menjalanka­n sanitasi awam di Tamu Muhibbah petang semalam.
SANITASI AWAM: Yii turut membantu menjalanka­n sanitasi awam di Tamu Muhibbah petang semalam.
 ??  ?? SUMBANGANl: Andrew Tiong daripada Gree Malaysia Sd Bhd (tiga kanan) dan Dr Sally (lima kiri) merakam gambar kenangan.
SUMBANGANl: Andrew Tiong daripada Gree Malaysia Sd Bhd (tiga kanan) dan Dr Sally (lima kiri) merakam gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia