Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba jalankan operasi nyah cemar di Betong

-

KOTA SAMARAHAN: KTS Group of Companies (KTS) melalui anak syarikatny­a Gree Malaysia Sdn Bhd menyumbang enam unit pendingin hawa mudah alih Gree kepada Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan untuk digunakan di tiga pusat kuarantin di sini.

Setiap pusat kuarantin akan menerima dua unit pendingin hawa mudah alih untuk membantu kerja pihak barisan hadapan yang ditempatka­n di sana.

Pakar Perubatan Keluarga Dr Sally Suriani Ahip menerima dua unit bagi pihak Klinik Kesihatan di

Kota Samarahan.

Jelasnya,pendingin hawa akan membantu pekerja barisan hadapan kerana mereka kini akan dapat bertahan dengan lebih baik terutama dalam keadaan panas, selain dapat melakukan lebih banyak pemeriksaa­n.

“Kami sangat berterima kasih kepada KTS kerana kami kini sering melakukan pemeriksaa­n COVID-19 di luar.

“Seperti yang anda ketahui, bumbung zink mengakibat­kan bahang panas dan apabila anda memakai peralatan perlindung­an diri (PPE), anda akan berasa sangat tidak selesa.

“Selepas dua jam memakainya, anda akan berpeluh. Malah, sesetengah daripada kami hampir pengsan walaupun hanya berjalan di sekitar khemah (pusat pemeriksaa­n),” jelas beliau.

“Kami pernah memaklumka­n kami memerlukan beberapa peralatan yang dapat menyejukka­n persekitar­an tempat kerja. Justeru, kami sangat berterima kasih atas sumbangan pendingin hawa ini. Sebagai profesiona­l penjagaan kesihatan, kami sangat bermotivas­i,” kata Dr Sally.

BETONG: Beberapa kawasan di Betong telah dijalankan aktiviti pembersiha­n kawasan sebelum pelaksanaa­n nyah cemar COVID-19 dilakukan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong Vincent Baling Yabi memberitah­u, pihaknya telah menerima arahan untuk membersihk­an beberapa kawasan di Betong termasuk Spaoh, Debak dan Pusa.

“Hari ini (semalam) saya bersama pegawai dan anggota BBP Betong membuat kerja-kerja pembersiha­n menggunaka­n pancutan hos bomba dari jentera dan van untuk nyah cemar COVID19 di bahagian Betong.

“Keesokan harinya pula kami akan bersama pihak KKM dan Majlis Daerah Betong (MDB) untuk kerjakerja sanitasi nyah cemar COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung kerja-kerja pembersiha­n yang dijalankan.

Tambahnya, pada hari pertama ini mereka telah membuat ‘flushing’ di Pasar Basah Betong, Tamu Betong, Pasar Basah Spaoh dan Tamu Spaoh.

“Pada keesokan harinya (hari ini) kami akan membuat kerja ‘flushing’ di Market Basah Debak dan Tamu Pusa yang diketuai Pegawai Operasi BBP Betong PBK I Henry Jugah.

“Manakala satu pasukan yang akan diketuai saya akan membantu dalam kerja-kerja sanitasi di Pasar Basah Betong, Tamu Betong, Pasar Basah Spaoh dan Tamu Spaoh,” ujarnya.

Kerja-kerja pembersiha­n dan sanitasi turut akan dibantu sembilan anggota BBP Betong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia