Utusan Borneo (Sarawak)

BKSS kepada kumpulan B40 disalur ke akaun setiap 15 hari bulan

-

KUCHING: Bantuan Khas Sarawakku Sayang atau BKSS kepada rakyat Sarawak daripada kategori berpendapa­tan rendah kumpulanB4­0akandisal­urkan ke akaun masing-masing pada setiap 15 hari bulan bermula April hingga September 2020.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion berkata seramai 430,000 rakyat Sarawak akan menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM250 untuk enam bulan yang bertujuan meringanka­n beban golongan ini dalam menghadapi kesan COVID19.

“Manakala lebih daripada 23,000 penerima bantuan yang tidak memiliki akaun bank berdaftar akan disalurkan melalui Pejabat Cawangan Perbendaha­raan Negeri berdekatan tempat kediaman penerima melalui dua fasa.

“Fasa pertama adalah pada 15 hingga 30 April 2020 dan fasa kedua adalah 15 hingga 30 Ogos 2020,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Beliau berkata, pendekatan itu diambil bagi memastikan bantuan itu dapat disalurkan dengan teratur dan efisien.

Jaul mengingatk­an penerima bayaran bantuan ini merupakan senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada bulan Januari 2020 yang diluluskan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

“Maka itu, permohonan bagi BKSS adalah tidak diperlukan,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan negeri menggalakk­an penggunaan Sarawak Pay untuk berbelanja semasa penularan wabak COVID-19.

Pada 23 Mac lepas, kerajaan negeri mengumumka­n Pakej Bantuan Khas SarawakKu Sayang melibatkan peruntukan berjumlah kirakira RM1.154 bilion.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pakej bantuan khas ini merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi mengurangk­an kesan penularan COVID-19 ke atas ekonomi dan melindungi kesejahter­aan rakyat.

 ??  ?? JAUL SAMION
JAUL SAMION

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia