Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian hulur PPE kepada HUS
KUCHING: Presiden Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Datuk Richard Wee baru-baru ini menghulurkan lebih 2,000 pakaian perlindungan diri (PPE) kepada Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menghadapi pandemik COVID-19.
PPEiniakandigunakanoleh pekerja barisan hadapan HUS iaitu kakitangan perubatan untuk meminimumkan risiko jangkitan semasa merawat pesakit pandemik COVID19, ujar Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian menerusi satu kenyataan di sini, semalam.
“Pakaian perlindungan diri yang disumbangkan termasuk pelbagai jenis pakaian perlindungan perubatan berjumlah 1,100 pasang dan 1,000 pasang pelindung kaki.
“Turut diberikan adalah sejumlah 200 alat untuk pelindung atau penutup kepala,” jelasnya.
Dalam pada itu beliau memberitahu, sebagai unit sokongan HUS, adalah hak Persekutuan untuk memastikan kakitangan perubatan barisan hadapan dilengkapi dengan pakaian pelindung supaya mereka dilindungi semasa merawat dan memeriksa kes-kes yang didiagnosis atau disyaki COVID-19.
“Selain daripada PPE yang diserahkan hari ini, Persekutuan akan terus membeli dan menyediakan produk pelindung perubatan lain termasuk penutup hidung dan mulut serta sarung tangan untuk kakitangan di HUS.
“Peralatan ini memerlukan kos besar dan oleh itu, untuk memastikan dana mencukupi, Persekutuan menyeru para institusi, perniagaan dan individu korporat untuk menderma kepadaJawatankuasaRespons Bencana Kecemasan,” jelasnya.
Turut hadir ketika penyerahan sumbangan tersebut adalah Ketua Wanita PersekutuanGeorginaChong, pengerusi Jawatankuasa ResponsBencanaKecemasan, Kapitan Tan Kok Chiang bersama ahlinya, Aaron Tay.
Dalampadaitu,sesiapayang ingin membuat sumbangan, bolehlah menderma ke akaun Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian menerusi Hong Leong Bank, 01600206296.
Persekutuan juga mengingatkan orang ramai, mereka tidak menugaskan mana-mana orang, firma, atau organisasi untuk mendapatkan derma atau barangan daripada orang awam.
Para penderma yang ingin menyampaikan sumbangan secara langsung juga boleh berkunjung ke ‘Pusat Pengumpulan’ yang ditubuhkan oleh Persekutuan.
Ia dibuka pada Isnin hingga Sabtu, jam 9 pagi hingga 4 petang serta pada hari Ahad, dari jam 10 pagi hingga 2 petang.
Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi talian 0168559581 dan 012-8817778.