Utusan Borneo (Sarawak)

KFC dan Pizza Hut Malaysia hulur bantuan kepada barisan hadapan perangi COVID-19

-

KUCHING: QSR Brands (M) Holdings Berhad, pemilik francais dan pengendali restoran KFC dan Pizza Hut Malaysia barubaru ini menjalanka­n tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mereka dengan menghulurk­an sumbangan kepada petugas barisan hadapan dan masyarakat terpinggir dalam mengharung­i pandemik COVID-19 ini.

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutka­n hingga 14 April 2020, kedua-dua jenama ini berikrar untuk meringanka­n beban petugas dan golongan yang terjejas sepanjang tempoh PKP ini.

“Setakat ini, KFC dan Pizza Hut Malaysia telah menyumbang lebih 10,780 set makanan kepada pekerja barisan hadapan terdiri daripada para petugas kesihatan, bomba, polis, media, dan pekerja khidmat masyarakat.

“Tidak lupa juga pelajar-pelajar universiti dan masyarakat yang kurang bernasib baik di lebih 100 lokasi di 13 negeri,” ujar QSR menerusi satu kenyataan media.

Jelasnya, dianggarka­n lebih kurang 20,000 set makanan bakal diterima oleh wira-wira negara, termasuk golongan yang memerlukan.

“Bagi merealisas­ikan inisiatif ini, KFC dan Pizza Hut bukan sahaja menggunaka­n khidmat penghantar­an yang sedia ada, malah kedua-duanya bekerjasam­a dengan Kechara Soup Kitchen, sebuah badan bukan kerajaan, untuk mengedarka­n makanan kepada komuniti terpinggir di sekitar Kuala Lumpur,” jelasnya lagi.

Di samping itu, melalui kolaborati­f strategik QSR Brands dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n, Majlis Agama Islam Melaka, Majlis Agama Islam Kedah, Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Pusat Zakat Sabah, Jabatan Agama Islam Labuan dan

Lembaga Zakat Selangor, organisasi-organisasi ini telah bersatu mengagihka­n makanan kepada petugas barisan hadapan dan golongan yang kurang bernasib baik.

Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Bhd Nehchal Khanna berkata, COVID-19 adalah situasi yang mencabar bagi semua orang terutamany­a bagi petugas barisan hadapan yang bekerja dalam suasana penuh risiko.

“Sebagai tanda penghargaa­n serta sokongan pihak kami terhadap usaha murni mereka, kami ingin membantu menyediaka­n makanan secukupnya buat mereka setiap hari.

“Kami juga komited untuk terus memastikan makanan yang disediakan di setiap restoran mengikuti tahap piawaian keselamata­n dan kebersihan tertinggi,” ujarnya lagi.

“Sebagai peneraju dalam industri makanan dan restoran di Malaysia, kami berharap usaha-usaha akan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk bersatu padu menghadapi waktu mencabar ini. Mari kita semua duduk di rumah dan jaga kebersihan diri,” tambah Nehchal.

Dalam pada itu, QSR Brands meminta rakyat Malaysia untuk terus memainkan peranan masing-masing bagi membendung penularan wabak ini dengan mengamalka­n kebersihan yang baik serta duduk di rumah.

KFC dan Pizza Hut juga mengambil langkah berpatutan memastikan hidangan makanannya mudah diakses para pelanggan melalui beberapa kaedah penghantar­an.

“Untuk memudahkan pelanggan mengharung­i situasi COVID-19, KFC dan Pizza Hut Malaysia telah melancarka­n khidmat penghantar­an tanpa sentuh ‘Contactles­s Delivery’.

“Proses penghantar­an dilakukan tanpa sentuhan antara penghantar dan penerima makanan, sejajar dengan garis panduan kesihatan, sosial dan keselamata­n kerajaan,” ujarnya lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai khidmat Penghantar­an ‘Contactles­s Delivery’ KFC & Pizza Hut, sila layari www.kfc.com. my dan www.pizzahut. com.my.

 ??  ?? CURAH BAKTI DEMI HAPUSKAN COVID-19: Staf KFC yang berdedikas­i menyediaka­n makanan untuk pekerja barisan hadapan dan masyarakat kurang berkemampu­an.
CURAH BAKTI DEMI HAPUSKAN COVID-19: Staf KFC yang berdedikas­i menyediaka­n makanan untuk pekerja barisan hadapan dan masyarakat kurang berkemampu­an.
 ??  ?? AMALAN MULIA: Ahli bomba dari Indera Mahkota, Pahang, antara petugas barisan hadapan yang menerima sumbangan.
AMALAN MULIA: Ahli bomba dari Indera Mahkota, Pahang, antara petugas barisan hadapan yang menerima sumbangan.
 ??  ?? NIKMATI HIDANGAN: Pekerja barisan hadapan dari Pejabat Daerah Kluang menikmati hidangan KFC mereka semasa waktu makan tengah hari.
NIKMATI HIDANGAN: Pekerja barisan hadapan dari Pejabat Daerah Kluang menikmati hidangan KFC mereka semasa waktu makan tengah hari.
 ??  ?? BERGANDING BAHU: Wakil QSR Brands (baju biru) Roslan Mohd Saludin menyerahka­n makanan Pizza Hut & KFC kepada pengamal media dari RTM.
BERGANDING BAHU: Wakil QSR Brands (baju biru) Roslan Mohd Saludin menyerahka­n makanan Pizza Hut & KFC kepada pengamal media dari RTM.
 ??  ?? NIKMATI BERSAMA: IPD Melaka Tengah turut menerima set makanan.
NIKMATI BERSAMA: IPD Melaka Tengah turut menerima set makanan.
 ??  ?? BERAT SAMA DIPIKUL: Pengamal media, Al-Hijrah, yang bekerja menyampaik­an berita mengenai keadaan COVID-19 turut menerima sumbangan.
BERAT SAMA DIPIKUL: Pengamal media, Al-Hijrah, yang bekerja menyampaik­an berita mengenai keadaan COVID-19 turut menerima sumbangan.
 ??  ?? HAPUSKAN COVID-19: Pihak polis dan pekerja perkhidmat­an awam di Pejabat Daerah Limbang bergambar bersama set KFC masing-masing.
HAPUSKAN COVID-19: Pihak polis dan pekerja perkhidmat­an awam di Pejabat Daerah Limbang bergambar bersama set KFC masing-masing.
 ??  ?? UNTUK BARISAN HADAPAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri (tengah) menyerahka­n makanan KFC kepada pihak Hospital Putrajaya. Ia merupakan sebahagian daripada Program Food Bank JAWI di mana Jabatan Agama Wilayah Persekutua­n bekerjasam­a dengan QSR Brands untuk mengedarka­n makanan kepada pekerja barisan hadapan dan komuniti kurang bernasib baik.
UNTUK BARISAN HADAPAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri (tengah) menyerahka­n makanan KFC kepada pihak Hospital Putrajaya. Ia merupakan sebahagian daripada Program Food Bank JAWI di mana Jabatan Agama Wilayah Persekutua­n bekerjasam­a dengan QSR Brands untuk mengedarka­n makanan kepada pekerja barisan hadapan dan komuniti kurang bernasib baik.
 ??  ?? JASAMU DIKENANG: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary (kemeja merah) bersama pekerja barisan hadapan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.
JASAMU DIKENANG: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary (kemeja merah) bersama pekerja barisan hadapan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.
 ??  ?? MAKAN BERSAMA: Pekerja barisan hadapan di Balai Polis Sungai Maong, Sarawak bergambar sebelum menikmati KFC & Pizza Hut.
MAKAN BERSAMA: Pekerja barisan hadapan di Balai Polis Sungai Maong, Sarawak bergambar sebelum menikmati KFC & Pizza Hut.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Pekerja barisan hadapan dari Hospital Tawau, Sabah menerima penghantar­an makanan KFC & Pizza Hut.
TERIMA KASIH: Pekerja barisan hadapan dari Hospital Tawau, Sabah menerima penghantar­an makanan KFC & Pizza Hut.
 ??  ?? SYUKUR: Pekerja Pusat Perubatan Universiti Malaya menerima penghantar­an makanan KFC & Pizza Hut.
SYUKUR: Pekerja Pusat Perubatan Universiti Malaya menerima penghantar­an makanan KFC & Pizza Hut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia