Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Syarikat korporat, NGO terus hulur sumbangan

-

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua susulan penularan wabak pandemik COVID-19, menyaksika­n pelbagai pihak sama ada badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorang­an terus tampil menghulurk­an sumbangan.

Selain golongan terjejas, bantuan turut dihulurkan kepada barisan hadapan yang bertungkus lumus ‘bermandi peluh’ mencurah masa dan tenaga bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19, yang boleh membawa maut.

Bank Simpanan Nasional (BSN) menerusi tanggungja­wab sosialnya menyerahka­n sumbangan RM120,000, antaranya bagi membantu membiayaik­osalat-alatkeleng­kapan perubatan, ubat-ubatan dan bahan pakai buang.

Ketua Eksekutif BSN Datuk Yunos Abd Ghani dalam kenyataan berkata pihaknya berharap bantuan itu sedikit sebanyak membantu wirawira negara yang bertugas demi keselamata­n negara.

Selain itu, sejuta unit penutup mulut dan hidung serta 100,000 unit penutup mulut dan hidung N95 disumbangk­an syarikat Country Garden antaranya kepada Hospital

Kuala Lumpur dan kerajaan negeri Johor yang diterima Menteri Besarnya Datuk Hasni Mohammad.

Menurut Naib Presiden Country Garden Rantau Malaysia-Singapura Syarul Izam menerusi satu kenyataan, bekalan penutup mulut dan hidung juga akan diedarkan kepada institusi dan organisasi lain yang memerlukan secara berperingk­at.

Syarikat berkaitan kerajaan negeri, Terengganu Incorporat­ed (Terengganu Inc) pula menyumbang RM1 juta kepada Tabung Bantuan COVID-19 Terengganu.

“Selain derma kepada Tabung COVID-19 negeri, Terengganu Inc juga turut mengagihka­nbekalanma­kanan bernilai RM12,000 kepada 140 keluargaya­ngterjejas­diseluruh Terengganu melalui Majlis Belia Negeri Terengganu sepanjang tempoh PKP ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.

Sementara itu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia (MMAF) dengan kerjasama platform beli-belah dalam talian Shopee, melancarka­n dana amal kebangsaan ‘Shopee MMA COVID-19 Fund’, semalam, untuk kakitangan penjagaan kesihatan yang sedang bertungkus-lumus menangani pandemik COVID-19.

MMA dalam satu kenyataan berkata, dana itu boleh diakses dilamanked­aidigitalM­MAdan MMAF di Shopee, menerusi www.shopee.com.my/m/shopeemmac­ovid19fund.

Derma RM5 dan ke atas boleh dibuat menerusi aplikasi berkenaan. Untuk setiap RM1 yang didermakan, Shopee juga akan melakukan padanan dengan menderma RM1 lagi ke tabung berkenaan, manakala sumbangan RM100 ke atas akan menerima resit pengecuali­an cukai.

Tidak ketinggala­n, sebagai usaha membantu golongan peniaga dan usahawan kecil, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) turut melancarka­n kempen Tabung IKHLAS COVID-19 dengan sasaran memanfaatk­an 30,000 keluarga.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) turut menyumbang­kan 1,150 unit pelindung muka ‘UTeMShield’, dua unit kotak intubasi dan 2,000 pasang sarung tangan kepada JabatanKes­ihatanNege­riMelaka, kata Naib Canselor UTeM Profesor Datuk Dr Raha Abdul Rahim. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia