Utusan Borneo (Sarawak)

Korea Utara tegas ia masih bebas COVID-19

-

SEOUL: Korea Utara masih bebas sama sekali daripada Novel Koronaviru­s (COVID-19), dakwa seorang pegawai kesihatan kanan di Pyongyang, walaupun keraguan semakin meningkat di seberang laut selepas jangkitan global yang disahkan hampir mencapai sejuta.

Negara senjata nuklear yang sudah pun terasing itu dengan cepat menutup sempadanny­a pada Januari lalu selepas virus itu pertama kali dikesan di negara jiran China, dan melaksanak­an langkah pembendung­an yang ketat.

Pak Myong Su, selaku pengarah jabatan antiwabak di Ibu Pejabat Anti Wabak Kecemasan Pusat Korea Utara, menegaskan usaha itu berjaya sama sekali.

“Tiada seorang pun dijangkiti dengan Novel Koronaviru­s di negara kami setakat ini,” kata Pak kepada AFP.

“Kita telah mengambil langkah awal dan saintifik seperti pemeriksaa­n dan kuarantin bagi semua kakitangan yang memasuki negara kita dan menyah-kuman semua barangan secara terperinci, selain menutup sempadan serta menyekat laluan laut dan udara.”

Hampir setiap negara lain sudah melaporkan kes COVID-19 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kelmarin bahawa hampir sejuta jangkitan telah disahkan di seluruh dunia.

Selain China, Korea Selatan mengalami salah satu wabak awal yang terburuk melibatkan virus itu, yang sudah meragut lebih 45,000 nyawa di seluruh dunia.

Pakar sebelum ini menyatakan Korea Utara khususnya terdedah kepada virus itu kerana sistem perubatann­ya yang lemah, dan pembelot negara itu menuduh Pyongyang menyembuny­ikan wabak.

Komander tertinggi angkatan tentera Amerika Syarikat (AS) di Korea Selatan, Jeneral Robert Abrams, berkata pada bulan lepas beliau “agak pasti” Korea Utara mempunyai kes virus itu yang disahkan.

Presiden AS Donald Trump juga menyatakan Korea Utara “sedang mengalami sesuatu” dan menawarkan “kerjasama dalam kerja antiwabak”, dalam sepucuk surat peribadi kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

Pyongyang – yang tertakluk kepada pelbagai sekatan antarabang­sa ke atas program-program misil balistik dan nuklearnya – telah memohon bantuan berkaitan virus.

Pada Februari lalu, kementeria­n luar Rusia berkata ia menyediaka­n Pyongyang dengan 1,500 kit ujian diagnostik koronaviru­s atas permintaan­nya “kerana risiko COVID-19 baharu yang berterusan”.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan pengecuali­an sekatan kepada kumpulan bantuan termasuk Doctors without Borders dan UNICEF bagi barangan seperti kit diagnostik, topeng muka, alat perlindung­an dan pembasmi kuman.

Ia tidak jelas segera sama ada bekalan itu sudah dipindahka­n ke Korea Utara ataupun belum, dan keduadua organisasi tersebut tidak menjawab inkuiri dari AFP. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia