Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Penyelidik UM bangunkan prototaip termometer bendung pandemik

-

KUALA LUMPUR: Sepasukan penyelidik Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama jurutera sebuah syarikat tempatan telah membangunk­an prototaip termometer inframerah yang mampu mengumpulk­an maklumat suhu badan, sebagai usaha membendung penularan COVID-19.

Seorang penyelidik projek itu, Prof Madya Dr Nahrizul Adib Kadri dari Jabatan Kejurutera­an Bioperubat­an Fakulti Kejurutera­an UM berkata prototaip yang dibangunka­n dalam masa kurang tujuh hari itu diberi nama SAUNA32, berkeupaya­an mengumpulk­an maklumat suhu dan kemudianny­a dimuat naik menggunaka­n konsep Internetof-Things (IoT).

“Penggunaan algoritma yang khusus bagi meramal ‘kawasan panas’ di Malaysia menggunaka­n data sedia ada di negara yang teruk terjejas seperti di China, Itali, Iran, Amerika Syarikat, dan Sepanyol, bakal membantu pihak berkuasa menangani wabak ini dengan lebih baik pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kumpulan penyelidik UM itu juga bercadang berkongsi reka bentuk dan program pengaturca­raan untuk penderia suhu yang digunakan kepada sesiapa yang berminat memandangk­an kos komponen elektronik bagi menghasilk­an SAUNA32 hanyalah kira-kira RM150 sahaja, selain menggunaka­n komponen mudah didapati.

Sementara itu pakar fizik perubatan dari Fakulti Perubatan UM Prof Dr Ng Kwan Hoong berkata inisiatif itu sebagai langkah pencegahan dengan mengasingk­an individu yang berisiko dan bergejala daripada terus menjadi punca penyebaran virus dalam masyarakat, walaupun peningkata­n suhu badan bukanlah tanda khusus jangkitan COVID-19.

Pengasas MyCRO Sdn Bhd yang bertindak sebagai jurutera utama projek itu, Darween Reza Sabri pula berkata reka bentuk luaran SAUNA32 dihasilkan menggunaka­n teknologi percetakan 3D dan mengambil masa selama tujuh jam untuk mencetakny­a.

“Saya banyak membantu UM, terutamany­a program melibatkan komuniti berkaitan inovasi dan pembelajar­an berasaskan STEM (Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik) bersama Dr Nahrizul Adib sejak 2016, apabila beliau mengajak saya untuk samasama membantu membangunk­an termometer ini, saya terus teruja serta berjaya menyiapkan­nya dalam masa kurang daripada seminggu,” katanya.

Beliau turut bercadang menambah baik reka bentuk termometer itu dengan komponen komunikasi Bluetooth dalam masa terdekat, bagi membolehka­n termometer itu digunakan sebagai peranti pengumpula­n data secara masa sebenar, kemudianny­a digunakan untuk menghasilk­an sistem kepintaran buatan yang mampu meramal penyebaran wabak COVID-19, atau wabak lain pada masa akan datang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RINGAN TULANG: Sebahagian daripada 30 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Langkawi dan sukarelawa­n menyediaka­n hidangan makan tengah hari kepada kira-kira 600 petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi penularan COVID-19.
— Gambar Bernama RINGAN TULANG: Sebahagian daripada 30 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Langkawi dan sukarelawa­n menyediaka­n hidangan makan tengah hari kepada kira-kira 600 petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi penularan COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia