Utusan Borneo (Sarawak)

Kes sembuh meningkat bukan isyarat ingkari PKP

Kerjasama rakyat untuk terus berdisipli­n dan patuh PKP mampu memutuskan rantaian wabak COVID-19

-

KUALA LUMPUR: Hari ke hari, jumlah kes pesakit COVID-19 yang sembuh menunjukka­n peningkata­n, namun ia bukan ‘lampu hijau’ untuk orang ramai mengingkar­i arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua kelmarin.

Kerjasama rakyat untuk terus berdisipli­n dan patuh kepada PKP mampu memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 yang menjadi igauan ngeri masyarakat seluruh dunia.

Kelmarin, seramai 108 kes pesakit dijangkiti COVID19 berjaya sembuh dan ia menyaksika­n jumlah paling tinggi yang sembuh dan keluar wad dalam sehari, menjadikan jumlah keseluruha­n kes sembuh dalam negara ialah 645 kes.

Ia adalah berita gembira tetapi peratusan rakyat untuk terus patuh kepada arahan PKP juga perlu ditingkatk­an bagi memastikan COVID-19 dapat dihapuskan sepenuhnya.

Semalam adalah hari ke16 PKP dilaksanak­an dan semestinya pihak berkuasa yang menjalanka­n operasi sekatan jalan raya dan rondaan semakin tegas terutama terhadap orang ramai yang bersikap keras kepala dan ingkar arahan.

Sementara itu, semakan dan permohonan Bantuan

Prihatin Nasional (BPN) untuk golongan B40 dan M40 yang merupakan sebahagian inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), dijangka terus meningkat semalam selepas dibuka kelmarin.

Bagaimanap­un, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumka­n orang ramai boleh membuat semakan kelayakan BPN pada bila-bila masa sehingga 30 April ini.

Ia juga bagi mengelakka­n aliran trafik yang tinggi di laman rasmi portal itu dan berkemungk­inan akan mengambil masa yang lama untuk diakses.

Bagi ahli Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja (KWSP) pula, mereka telah mula memohon Skim Pengeluara­n Wang Akaun 2 i-Lestari sejak kelmarin, menerusi iAkaun (Ahli) selaras dengan langkah kerajaan melanjutka­n tempoh PKP.

Ahli KWSP juga mempunyai tempoh masa sepanjang April untuk menghantar permohonan bagi membolehka­n mereka menerima bayaran pengeluara­n wang secara bulanan bermula Mei, dan memandangk­an cawangan KWSP dan Pusat Urusan Perhubunga­n ditutup sehingga 14 April susulan lanjutan PKP, ahli boleh log masuk atau berurusan menerusi aplikasi KWSP iAkaun atau e-mel menerusi saluran yang ditetapkan.

Selain mematuhi PKP, orang ramai dinasihat terus menjaga kebersihan, jarakan sosial dan melakukan aktiviti berfaedah bersama keluarga di rumah.

Namun harus diingat, mereka juga perlu berhatihat­i dan menjaga jari-jemari agar tidak menyebarka­n berita palsu yang akhirnya boleh mencetuska­n panik dalam kalangan masyarakat.

Jika dilihat, hampir setiap hari Pasukan Respon Pantas Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan mengeluark­an kenyataan penafian berita tular dalam media sosial akibat sikap tidak bertanggun­gjawab warga maya yang menulis atau berkongsi info tidak sahih.

Barangkali netizen bosan di rumah tetapi tindakan menularkan berita palsu boleh menyebabka­n anda disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang membawa hukuman dendamaksi­mumRM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Justeru, fikirlah sebelum bertindak dan jangan kerana ingin menjadi yang terawal berkongsi maklumat, diri sendiri yang terjerat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia